serenemaklong.blogspot.com
Oleh Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani
(Mudir/Pengasas Madrasah al-Yamani, Kg. Baru, Kuala Lumpur)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam kitab Fatih al-Mu’in Hamish Tanah al-Talibin (jilid 1, hlm.42) dinyatakan: “Dan jika seseorang yang berhadas menyelam walaupun di dalam air yang sedikit dan berniat untuk berwuduk dan tidak menyelam dalam tempoh yang lama tetapi dengan kadar yang cukup untuk tertib, maka sah wuduknya.”
Tidak perlu digosok setiap anggota wuduk, memadai dengan menyelam sahaja.
Disebut dalam kitab Asna al-Mutalib (jil. 1, hlm. 35): “Sekiranya seseorang itu menyelam dengan niat berwuduk walaupun dimulakan atau didahulukan dengan bahagian bawah (kaki), maka sah wuduknya. Dan tertib berlaku secara takdir.”
Islam agama yang mudah tetapi jangan pandai-pandai memudahkannya tanpa merujuk al-Quran dan hadis. Belajarlah daripada para ulama. Daripada Umar r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk, maka akan keluar dosa-dosa daripada tubuhnya sehinggga ia keluar dari celah-celah kukuhnya.” (Riwayat Muslim).
No comments:
Post a Comment