Adab yang betul amat penting di kalangan orang-orang Jepun. Di sini ada peraturan-peraturan asas yang patut dipatuhi apabila berada di Jepun.
Itadakimasu dan Gochisosama
Di Jepun, anda menyebut itadakimasu (“Saya menerima dengan rasa syukur”) sebelum makan, dan gochisosama (deshita) (“Terima kasih kerana sajian itu”) selepas habis makan.
Beberapa Adab Di Meja Makan
- Dianggap kurang sopan menghembuskan hidung di khalayak ramai, terutama di meja makan.
- Dianggap sopan apabila makanan dihabiskan semuanya sehingga butir nasi yang terakhir.
- Bercakap mengenai hal-hal berkaitan tandas dan topik serupa yang mematikan selera ketika atau sebelum makan memang tidak disukai oleh kebanyakan orang.
- Tidak seperti di sesetengah Asia Timur yang lain, adalah dianggap kurang sopan jika bersendawa selepas makan.
- Selepas makan, cuba letakkan pinggan mangkuk dan peralatan kembali ke kedudukan yang sama seperti di permulaan waktu makan. Ini termasuk meletakkan kembali penutup hidangan dan memasukkan semula penyepit di tempat pemegang penyepit atau lipatan kertasnya.
Cara makan...
Nasi
Pegang mangkuk nasi dengan sebelah tangan dan penyepit di sebelah lagi. Angkat mangkuk ke arah mulut ketika sedang makan. Jangan tuang sos soya di atas nasi putih.
| |
Sushi
Tuang sedikit sos soya ke dalam piring kecil yang disediakan. Adalah dianggap kurang sopan jika sos soya dibazirkan, jangan
Tidak perlu menambah wasabi ke dalam sos soya, kerana ia telah ada pada kepingan sushi, atau boleh dimakan secara biasa sahaja. Bagaimanapun, jika memilih untuk menambah wasabi, gunakan sedikit sahaja supaya tidak menyinggung perasaan tukang masak sushi. Jika tidak suka wasabi, boleh minta supaya ia tidak ditambahkan ke dalam sushi anda.
Makan sushi sekeping demi sekeping. Cubaan untuk mengasingkan sekeping sushi supaya menjadi dua bahagian lazimnya akan merosakkan sushi yang telah disediakan dengan cantik itu. Tangan atau penyepit boleh diguna untuk memakan sushi.
Mengenai nigiri-zushi, celupkan kepingan itu ke dalam sos soya secara terbalik supaya ikan masuk ke dalam sos. Beberapa jenis nigiri-zushi, contohnya, kepingan yang diperap, tidak harus dicelup ke dalam sos soya.
Mengenai gunkan-zushi, tuangkan sedikit sos soya di atas kepingan sushi. Jangan celupkannya ke dalam sos.
| |
Sashimi
Tuang sedikit sos soya ke dalam piring kecil yang disediakan. Masukkan sedikit wasabi ke atas kepingan sashimi, tetapi hendaklah berhati-hati supaya tidak menggunakan terlalu banyak kerana ini akan menenggelamkan rasa ikan. Celup kepingan sashimi ke dalam sos soya. Bukan semua jenis sashimi boleh dimakan dengan wasabi. Malah sesetengahnya amat bagus dimakan dengan halia giling.
| |
Sup Miso
Minum sup terus daripada mangkuknya, seolah-olah ia adalah cawan. Mengenai kepingan makanan pejal di dalam sup, keluarkannya dengan penyepit.
| |
Mi
Gunakan penyepit untuk membawakan makanan ke mulut. Jika makan di kedai mi, tiada salahnya meniru bunyi hirupan yang dilakukan oleh orang sekeliling ketika mereka makan mi. Menghirup mi adalah satu cara menunjukkan anda sukakan hidangan itu. Untuk mi berasaskan sup, jika sudu seramik disediakan, boleh gunakannya untuk minum sup itu. Jika tidak, boleh angkat mangkuk ke mulut, seolah-olah ia adalah cawan.
| |
Kare Raisu
Kare Raisu (nasi kari gaya Jepun) dan hidangan nasi yang lain, di mana nasi dicampurkan dengan kuah, contohnya domburi, memang agak sukar untuk makan dengan penyepit. Gunakan sudu besar yang sering disediakan untuk hidangan seperti ini. | |
Kepingan makanan yang besar:
(contoh tempura udang, tofu)
Asingkan menjadi kepingan kecil dengan penyepit, atau hanya gigit sekeping dan meletakkan bahagian yang lainnya kembali ke pinggan.
|
No comments:
Post a Comment