Prostat adalah salah satu organ paling penting untuk tumbesaran normal dalam sistem pembiakan lelaki dan harus dipantau atau dirawat sekiranya wujud simtom yang menunjukkan kesihatan prostat terjejas.
Lelaki memerlukan perhatian khas untuk merangsang paras tenaga dalam zaman kedewasaan bagi memenuhi gaya hidup yang sibuk.
Kesihatan Prostat
Bagi sesetengah lelaki, prostat mula membesar ketika memasuki usia 50an. Pembesaran ini mungkin berterusan sepanjang hayat mereka, yang mana hasilnya akan meletakkan tekanan ke atas urethra – saluran yang membawa air kencing dan air mani keluar daripada tubuh, menyebabkan masalah urinari.
Simtom biasa keadaan prostat membesar atau benign prostatik hiperplasia (BPH) termasuk:
- Sukar hendak mula kencing
- Sukar mengetuskan pundi-pundi kencing sepenuhnya, menyebabkan titisan berjejeran selepas selesai membuang air kecil.
- Aliran kencing lemah yang mungkin bermula kemudian terhenti
- Kekerapan membuang air kecil meningkat, terutama waktu malam
- Terasa perlu membuang air kecil lebih kerap
- Terasa hendak membuang air kecil yang mendadak
Jika dibiar tanpa rawatan, prostat membesar boleh membawa kepada masalah jangka panjang seperti pembedahan prostat. Prostat membesar boleh terus membesar, lama kelamaannya akan memburukkan simtom sedia ada dan meningkatkan masalah, dan yang paling teruk, menyekat terus aliran kencing yang keluar daripada pundi-pundi kencing.
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, prostat membesar yang tidak dirawat boleh menyebabkan inkontinens, batu karang, jangkitan buah pinggang, atau malah kerosakan kekal pada pundi-pundi kencing, buah pinggang atau urethra.
Oleh itu adalah penting langkah pencegahan dan pemeriksaan yang tetap dibuat bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius.
Sungguhpun prostat membesar juga adalah disebabkan oleh kanser prostat, pembesaran prostat tidak diterjemahkan secara langsung kepada kanser prostat atau membawa kepada kanser.
Saw Palmetto
Saw Palmetto telah dikaji keberkesanannya dalam merawat simtom prostat membesar dan telah diguna untuk menggalakkan kesihatan prostat selama bertahun-tahun. Satu kajian membuat kesimpulan bahawa ekstrak herba saw palmetto jenama Eropah yang distandardkan ke atas 150 lelaki yang menjalani ujian itu telah dapat mengurangkan saiz prostat, membaiki aliran kencing dan meningkatkan aktiviti seksual. Herba saw palmetto melindungi kelenjar daripada paras testosteron merengsakan dan menggalakkan pengecutan tanpa sebarang kesan sampingan. Herba saw palmetto bukan toksik dan tidak ada interaksi dadah yang diketahui.
Penemuan saintifik telah mendedahkan bahawa saw palmetto sebenarnya merencatkan enzim 5-alpha-reduktase dalam tisu prostat. Ini juga adalah enzim yang mengubah testosteron ke DHT (dihidrotestosteron) – salah satu daripada beberapa proses yang menyebabkan pembesaran prostat. Penyelidikan lanjut menunjukkan saw palmetto melegakan simtom BPH (benign prostatik hiperplasia), termasuk mengurangkan kencing malam dan simtom BPH yang lain sebanyak satu perempat.
Dos standard saw palmetto seperti yang dipreskripsi dalam cubaan klinikal ialah 320 mg setiap hari selama satu bulan hingga satu tahun, dan ekstrak saw palmetto kebanyakannya tersedia dalam bentuk gel lembut.
Siberian Ginseng
Siberian ginseng mendapat reputasi sebagai “tumbuhan berkuasa” Asia . Kajian yang dilakukan di China dan Russia menunjukkan bahawa pengambilan Siberian ginseng meningkatkan imuniti manusia, menambah kekuatan, merangsang fungsi seksual, memperbaiki tidur, membantu tubuh ketika kekurangan oksigen, meningkatkan fungsi kardiovaskular, memperbaiki prestasi olahraga keseluruhan, dan menajamkan mental.
Tumbuhan yang didapati dengan banyak di gunung-gunung China Utara dan Siberia adalah satu “adaptogen” yang memperbaiki ketahanan umum terhadap kebanyakan pengaruh tidak sihat, terutama stres. Ia juga telah ditunjukkan dapat meningkatkan toleransi manusia terhadap faktor-faktor stres seperti kepanasan dan kebisingan.
Ginkgo Biloba
Ginkgo biloba telah diguna oleh orang-orang Cina sejak beribu-ribu tahun untuk merawat berbagai penyakit, termasuk asma, kesesakan paru-paru, memperbaiki tenaga seksual, mengawal aliran darah dan menggalakkan lanjut usia.
Ia bertindak dengan menambah aliran darah ke otak dan seluruh jaringan saluran darah. Oleh itu, ia dikenali kerana kesan-kesan positif ke atas fungsian otak – meningkatkan memori, ketajaman mental dan mengurangkan kelesuan mental serta kekurangan tenaga.
Perubahan Gaya Hidup untuk Hidup Sihat
Walaupun mengambil suplemen memang mudah dan boleh menyumbang kepada penggalakan kesihatan umum, kita tidak boleh bergantung padanya semata-mata.
Rahsia untuk hidup sihat sejahtera secara keseluruhan ketika menjelang usia emas ialah dengan mengubah apa sahaja tabiat kurang sihat dan perubahan itu diteruskan di sepanjang hayat.
No comments:
Post a Comment