Monday, June 20, 2011

Panduan Perabot Tahan Lama

serenemaklong.blogspot.com

Fabrik
  1. Mengupah pencuci profesional untuk membersihkan sofa cara terbaik tetapi seminggu sekali menggunakan penyedut hampagas pasti membantu mengurangkan masalah habuk di atas dan bawah sofa.
  2. Sekiranya sarung kusyen itu boleh digunakan kedua-dua belah, terbalikkan ia setiap minggu selepas menyedut habuk dengan penyedut hampagas.
  3. Jangan sesekali memberus fabrik dengan berus dawai atau sabut kasar kerana ia akan merosakkan tekstur fabrik.
  4. Tepuk kusyen dan selalu terbalikkan ia supaya kekal lembut dan sekata.
  5. Lindungi fabrik daripada pancaran matahari secara langsung kerana itu boleh melunturkan warna fabrik.
  6. Jauhi haiwan peliharaan daripada perabot upholsteri. Bau air kencing dan tanda minyak haiwan sukar hilang.
  7. Tukar susunan perabot upholsteri supaya kadar pengunaannya sama.
  8. Berhati-hati bila memakai pakaian yang warnanya mudah luntur kerana boleh melekat pada fabrik.
  9. Elak tidur di atas sofa atau membiarkan anak-anak melompat kerana boleh mengendurkan keanjalan fabriknya.
  10. Guna pencuci bersesuaian mengikut jenis fabrik.
 Kayu
  1. Angkat perabot yang kurang menarik.
  2. Buang habuk setiap hari untuk mengelak sebarang benda melekat atau perabot tergores. Guna kain lembut seperti kemeja T atau lampin bayi lama.
  3. Bersihkan sebarang sisa tumpah dengan segera. Guna cara memekap, bukan cara mengesat.
  4. Kilatkan kayu dua tiga bulan sekali untuk menaikkan serinya semula.
  5. Jangan letak perabot di bawah pancaran matahari. Ini boleh merosakkan kayu, meluntur warna atau merekah. Elok guna langsir atau bidai pada tingkap untuk mengelak pancaran matahari masuk ke dalam rumah secara terus dan kena perabot.
  6. Berhati-hati ketika menyedut habuk pada hamparan supaya tidak terlanggar kaki kerusi atau meja kayu. Jangan memotong atau menjatuhkan garfu atau sebarang benda tajam di atas permukaan meja kayu. Lap segera sebarang bekas sisa makanan.
  7. Kerap menukar posisi perabot. Perabot kayu juga perlu `bernafas`, justeru sesekali alih sebarang benda seperti televisyen atau rhiasan dari permukaannya.
  8. Elak melapik permukaan meja kayu dengan plastik atau alas pinggan dalam jangka masa yang lama.
  9. Guna kain atau alas untuk melindungi permukaan meja dari terkena pinggan panas atau bekas bunga dan minuman.
  10. Baiki sebarang kerosakan pada kayu semasa masih kecil. Guna bahan yang sesuai atau panggil tukang untuk membaikinya.
 Barangan Lain

Kaca – Kebanyakan perabot sekarang adalah paduan kayu dan kaca. Disebabkan ada bahan pencuci kayu yang tidak sesuai dengan kaca, seeloknya guna produk dwi-fungsi yang dibuat khusus untuk kedua-duanya.

Vinil – Kekotoran seperti habuk dan bekas jari mudah melekat pada perabot jenis upholsteri vinil. Lap perlahan dengan sabun lembut dan air. Lap kering dengan kain lembut. Jangan guna pencuci kasar.

Logam dan besi tempawan – Logam seperti krom dan besi tahan karat boleh dicuci dengan sabut lembut dan air . Keringkan segera. Kerap membuang habuk dan kilatkan selalu.

Tembaga – Cuci dengan sabun lembut air air. Elak guna pencuci tembaga kerana boleh merosakkan kemasan lakuer.

Batu – Lap sebarang tumpahan dengan segera kerana cecair mudah menyerap. Lap ikut ira batu.

Plastik – Perabot plastik mudah pudar dan rosak jika kerap digunakan. Supaya plastik kelihatan baru dan tidak rosak, cuci dan kilatkan selalu. Pilihan bahan cuci yang sesuai boleh memanjangkan usianya.

Marmar – Sebarang kekotoran yang melekat pada kayu boleh merosakkan marmar juga. Bersihkan segera. Gunakan pengilat bermutu tinggi dan baca label dengan baik.

Akrilik – Permukaan kebanyakan perabot akrilik kalis kotor tetapi mudah tergores. Guna kain lembut, sabun dan air untuk mencuci.

(Sumber: Anjung Seri)

No comments:

Post a Comment