Wednesday, June 8, 2011

Fitonutrien

serenemaklong.blogspot.com

Apa itu fitonutrien?
Fitonutrien merujuk kepada khasiat dalam tumbuhan. Sebatian ini banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Didapati dalam berbagai bentuk dalam beribu-ribu tumbuhan, fitonutrien berfaedah untuk kesihatan dan kesejahteraan.

Peranan fitonutrien
Sebilangan bukti menunjukkan peranan yang fitonutrien mainkan dalam mengekalkan kesihatan optimum. Buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu lebih berfaedah pada pengguna berbanding yang lain.  

Laporan perubatan dan saintifik terkini menunjukkan bahawa:
-  lelaki yang makan paling banyak tomato mempunyai tisu prostat paling sihat.
-  orang yang makan paling banyak sayuran berdaun hijau mengekalkan penglihatan yang sihat untuk masa yang lebih lama
-  orang yang minum paling banyak teh hijau umumnya mempunyai sistem kardiovaskular yang sihat.

Fitonutrien secara dekat

Likopena

Dari manakah likopena diperolehi?
Likopena wujud secara semula jadi dalam sebatian tumbuhan yang diekstrak dari tomato.

Apakah kesan faedah berpotensi yang likopena ada dalam tubuh?
Karotenoid berwarna oren-merah, likopena mempamerkan aktiviti antioksidan yang mujarab. Kajian epidemiologi menunjukkan terdapat kaitan di antara pengambilan tomato yang meningkat dan risiko kanser prostat yang berkurang, dan komponen aktif yang difikirkan bertanggungjawab untuk faedah kesihatan ini ialah likopena. 1 Tambahan itu, lelaki dengan paras likopena serum yang tinggi nampaknya menurunkan risiko kanser prostat berbanding lelaki dengan paras yang rendah.2

Kajian epidemiologi tambahan menyarankan bahawa likopena boleh membantu melindungi daripada kanser paru-paru dan juga perut.3  Tambahan lagi, pengambilan tinggi likopena boleh membantu menyederhanakan iradiasi UU dan melindungi sedikit daripada selaran matahari.4

1 Giovanucci E et al.  Intake of carotenoids and retinol in relation to risk of prostate cancer.  J Natl Cancer Inst 1995; 87: 1767-1776.
2 Vogt TM et al.  Serum lycopene, other serum carotenoids, and risk of prostate cancer in US blacks and whites.  Am J Epidemiol 2002; 155: 1023-1032.
3 Giovannucci E.  Tomatoes, tomato-based products, lycopene, and cancer:  Review of the epidemiological literature.  J Natl Cancer Inst.  1999; 91: 317-331.
4 Stahl W et al.  Dietary tomato paste protects against ultraviolet light-induced erythema in humans.  J Nutr 2001; 131: 1449-1451.

Lutein

Dari manakah luteina boleh diperolehi?
Sebatian tumbuhan yang wujud secara semula jadi, kebanyakannya terbit daripada marigold. Luteina juga umumnya didapati dalam sayuran berdaun hijau dan bahan makanan yang biasa diambil seperti kale, brokoli dan bayam.

Apakah faedah luteina pada tubuh?
Karotenoid berwarna kuning memiliki paras aktiviti antioksidan yang tinggi. Luteina penting dalam menggalakkan kesihatan mata.
Terdapat dalam jumlah yang tinggi di dalam makula mata (kawasan khusus retina yang terlibat dalam persepsi imej), ia membantu menyerap cahaya biru dalam spektrum yang dapat dilihat, dan juga melindungi daripada kerosakan gelombang pendek pada epithelium retina.
Paras luteina dan zeaxanthina yang tinggi, satu lagi pigmen karotenoid (terbit daripada luteina) yang terdapat dalam makula, dikatakan dapat mengurangkan  risiko makular degenerasi – satu bentuk kebutaan yang wujud pada  individu melebihi usia 75 tahun. Dalam satu kajian ke atas individu lebih tua menunjukkan mereka dengan pengambilan dietari luteina dan zeaxanthin yang tinggi mempunyai risiko degenerasi makular berkaitan usia yang terendah. Paras luteina sebanyak 2.0-6.9mg sehari melindungi daripada makular degenerasi.5

5 Seddon J et al.  Dietary carotenoids, vitamins A, C, and E, and advanced age-related macular degeneration.  JAMA 1994; 272: 1413-1420.

Quercetin

Dari manakah quercetin boleh diperolehi?
Quercetin merupakan sebatian tumbuhan wujud secara semula jadi yang terbit dari tumbuhan renik asli Brazil dikenali sebagai, fava d’anta. Ia juga lazim ditemui dalam epal, bawang dan teh hijau.

Apakah faedah quercetin pada tubuh?
Quercetin adalah sejenis bioflavonoid terbitan tumbuhan. Bioflavonoid berfungsi sebagai antioksidan, dan membantu fungsi vitamin C dengan mengurangkan kerosakan vitamin C dalam tubuh. Quercetin menyokong saluran darah yang sihat. Diet yang tinggi kandungan sebatian ini boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Asid Ellagik

Dari manakah asid ellagik boleh diperolehi?
Buah delima adalah sumber asid ellagik

Apakah faedah asid ellagik pada tubuh?
Penyelidikan menunjukkan asid ellagik melindungi daripada kerosakan DNA dalam sel-sel yang dikultur.6 Tambahan lagi, asid ellagik merencat aktiviti kumpulan enzim terpilih, dikenali sebagai N-asetyltransferases, yang membawa  perubahan dalam struktur DNA.7 Sokongan saintifik untuk asid ellagik yang dianggap berfaedah sebagai anti-karsinogen bermula daripada kajian in-vitro dan haiwan, di mana ia mempamerkan kesan-kesan antikarsinogenik untuk ketumbuhan yang didorong oleh kimia ke atas paru-paru, kulit tenggorok dan hati.8

6 Festa F et al.  Strong antioxidant activity of ellagic acid in mammalian cells in vitro revealed by the comet assay.  Anticancer Res 2001; 21: 3903-3908.
7 Lin SS et al.  Ellagic acid inhibits arylamine N-acetyltransferase activity and DNA adduct formation in human bladder tumor cell lines (T24 and TSGH 8301).  Urol Res 2001; 29: 371-376.
8 Greenwald P, McDonald SS.  Antioxidants and the prevention of cancer.  Antioxidants in Human Health.  CAB International, 1999 (Eds TK Basu, NJ Temple and ML Garg). 

Hesperidina

Dari manakah hesperidina diperolehi?
Oren ada banyak fitokimia yang berlainan, dan salah satu daripadanya ialah  hesperidina.

Apakah faedah hesperidina pada tubuh?
Beberapa laporan dalam bahan pengajian saintifik menunjukkan bahawa  hesperidina, digabungkan dengan sitrus flavonoid, diosmin, berkesan  mengurangkan keseriusan pembengkakan veina, buasir dan ketidakcukupan pembuluh yang kronik. Umumnya, hesperidina menyokong prestasi kardiovaskular yang baik, terutama menerusi kemampuannya menggalakkan penambahbaikan tona dan keanjalan pembuluh, serta ketelapan vaskular, yang mengurangkan edema—atau pembengkakan.9

Maklumat tambahan mendedahkan bahawa individu yang minum sehingga 3 gelas jus oren sehari meningkatkan paras HDL mereka sebanyak 21%, dan menurunkan jumlah kolestrol serta paras trigliserida. Kesan-kesan positif ini disumbangkan oleh hesperidina dalam jus oren.10

9 Ibegbuna V etal.  Venous elasticity after treatment with daflon 500 mg.  Angiology. 1997; 48: 77-85.
10 Presented at the American Heart Association meeting in Atlanta, GA, 1999.


Epigallocatechin gallate (EGCG)

Dari manakah epigallocatechin diperolehi pada masa ini?
Teh hijau mengandungi berbagai fitokimia dinamakan catechin, yang boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, termasuk beberapa molekul berkaitan dinamakan epicatechin, epigallocatechin, epicatechin gallate, dan epigallocatechin gallate (EGCG).  Teh hijau khususnya kaya dengan EGCG.

Apakah faedah EGCG pada tubuh?
EGCG yang didapati dalam teh hijau dikaitkan dengan berbagai faedah kesihatan. Sebagai contoh, kandungan catechin dua cawan teh hijau (~82mg EGCG) meningkatkan kapasiti antioksidan plasma darah. Ia merupakan salah  satu cara mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.11

Catechin teh hijau telah lama diiktiraf sebagai antioksidan yang berkesan, khususnya di kalangan perokok.12 

Penyelidikan tambahan menyebut catechin teh hijau berfaedah bagi wanita. Wanita yang minum 4+ cawan (500 ml, atau kira-kira 16 auns) teh hijau sehari boleh mengurangkan risiko atherosklerosis aorta.13

11 Nakagawa K, et al.  Tea catechin supplementation increases antioxidant capacity and prevents phospholipid hydroperoxidation in plasma of humans.  J Agri Food Chem 1999; 47: 3967-3973.
12 Klaunig JE et al.  The effect of tea consumption of oxidatavie stress in smokers and nonsmokers.  Proc Soc Exp Biol Med 1999; 220: 249-254.
13 Geleijnse JM et al.  Tea flavonoids may protect against atherosclerosis:  The Rotterdam study.  Arch Int Med 1999; 159: 2170-2174.

Karotenoid

Dari manakah karotenoid diperolehi pada masa ini?
Karot adalah sumber karotenoid, terutama Beta karotena dan Alpha karotena. Kedua-dua molekul ini bertindak sebagai antioksidan yang menghadkan kerosakan radikal bebas. 
Betakarotena juga boleh diubah menjadi vitamin A dalam tubuh bila diperlukan.

Rosmaridifenol, asid karnosik dan asid rosmarinik

Apakah kesan faedah berpotensi yang ekstrak rosemary ada dalam tubuh?
Ekstrak rosemary mengandungi sebilangan antioksidan semula jadi, termasuk  rosmaridifenol, asid karnosik, dan asid rosmarinik. Sebatian-sebatian ini boleh melindungi daripada kerosakan disebabkan radikal bebas.

Antosianin

Dari manakah antosianin diperolehi pada masa ini?
Beri biru dan elderberi adalah sumber penting antosianin.

Apakah kesan faedah berpotensi yang antosianin ada dalam tubuh?
Antosianin adalah sekumpulan sebatian yang bertindak sebagai antioksidan. Ia melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas yang boleh membawa kepada penyakit jantung. Terdapat juga bukti bahawa antosianin boleh membantu daripada kerosakan  DNA.

Ringkasan

FITONUTRIEN
SUMBER MAKANAN
MAKANAN BERSAMAAN
FAEDAH
Likopena
Tomato
1 tomato
Membantu menyokong kesihatan prostat yang normal.
Luteina
Marigold, brokoli, bayam
2 hidangan* bayam mentah
Luteina memberi perlindungan antioksidan pada retina.
Quercetin
Fava d’anta, teh hijau
5 epal
Menyokong integriti veina dan membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular.
Asid Ellagik
Delima
1 ½ hidangan* raspberi.
Melindungi kerosakan sel-sel DNA.
Hesperidina
Oren
3 oren
Mengekalkan integriti veina dan menyokong sistem peredaran yang sihat.
Epigallocatechin gallate, EGCG
Teh hijau
2 hidangan* teh hijau
Menyokong kesihatan jantung dan peredaran. Boleh membantu mengekalkan paras lipid yang normal.

Siapa Yang Menerima Faedah Dari Pengambilan Fitonutrien?

Ø      Orang yang tidak makan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ø      Lelaki dan wanita yang cuba melindungi tubuh mereka daripada radikal bebas.
Ø      Orang yang merokok, minum alkohol, mempunyai gaya hidup penuh tekanan.
Ø      Orang yang inginkan gaya hidup sihat.

No comments:

Post a Comment