Tuesday, May 3, 2011

Wangian Asli


serenemaklong.blogspot.com

Rumah yang bersih, kemas dan teratur bukan sahaja menyenangkan pemilik malah tetamu yang bertandang juga berasa selesa. Namun itu sahaja belum mencukupi andai ada bau-bau yang kurang menyenangkan terutama di bahagian dapur atau bilik air.

Tidak perlu mengeluarkan kos tinggi untuk membeli pewangi sintetik, sebenarnya beberapa bahan yang terdapat di dapur atau di sekeliling rumah berupaya mengharumkan kediaman secara semula jadi.

Daun pandan
Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma yangi, pandan juga dijadikan wangian semula jadi dalam rumah. Ibarat seperti bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.

Limau nipis dan kasturi.
Belah limau menjadi dua bahagian dan simpan dalam peti sejuk untuk menyerap bau yang kurang menyenangkan. Hirisan limau nipis atau kasturi boleh dicampur bersama sabun pencuci pinggan untuk aroma yang lebih menyegarkan. Ia juga handal menghapuskan kororan berminyak.

Bunga mawar
Kelopak mawar diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai. Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi. 

Serai wangi
Selain menghasilkan aroma yang menyegarkan, serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga.

Bunga-bungaan
Beberapa jenis bunga mampu mengharumkan kawasan kediaman dan boleh bertahan hingga seminggu. Contohnya bunga melur, harum sundal malam, cempaka, kenanga, kemboja, kesidang dan lili putih.

No comments:

Post a Comment