serenemaklong.blogspot.com
(panduan dari http://klinik-muallij.blogspot.com)
Pagar dan benteng adalah satu amalan penting buat perawat dan juga pesakit. Membenteng diri, kediaman dan kenderaan adalah salah satu usaha kita untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dan bukan untuk mengelakkan sial mahupun mendapatkan tuah.
Gangguan pada diri
- Mimpi yang aneh, menyeramkan, menakutkan, berjumpa datuk, nenek dan moyang dan lain-lain lagi.
- Sering melihat kelibat, bayang hitam, hantu, jelmaan makhluk halus dan binatang berbisa.
- Selalu meracau, histeria, merasuk dan lain-lain lagi
Gangguan pada kediaman
- Ganggguan makhluk halus terutama sekali pelesit yang menghisap darah.
- Kelibat aneh, bunyi aneh dan menyeramkan dan ternampak orang asing di dalam rumah.
- Sering melihat bebola api, dimasuki binatang berbisa, bunyi aneh dari luar rumah dan bunyi bising-bising dan juga ketukan dari luar rumah.
Dalam satu kes, seorang pesakit merasakan mendapat terlalu banyak mimpi akibat gangguan/sihir. Saya syor beliau menggunakan ayat-ayat pagar seperti yang terkandung dalam topik ini. Satu malam, sebelum maghrib, pesakit baca ayat 10 tersebut. Dalam waktu tengah malam beliau dan pasangannya di rumah tiba2 mendengar dentuman kuat 2 kali, di sudut bilik solat dan di siling ruang tamu, juga bunyi bising di atas siling / atap.
Gangguan pada kenderaan
- Kenderaan terasa berat walaupun baru sahaja baiki atau baru sahaja beli.
- Ternampak kelibat dalam kenderaan.
- Kenderaan sering rosak apabila melalui kawasan tertentu
Pagar Diri Daripada Makhluk Halus, Sihir Dan Ilmu Hitam
Pagar Pertama - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.)
Pagar Kedua - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik)
Pagar Ketiga - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah lah.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda ertinya ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
Pagar Keempat - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud lah.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan Muslim).
Pagar Kelima - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku, seorang mangsa sihir telah mencatatkan dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya saya berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
“Ya Allah. Saya memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan saya berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar Ketujuh - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada
Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu.” (Riwayat al Bukhari).
PERTAHANAN DIRI
Pendinding atau benteng pertahanan perlu diamalkan sebelum menjadi perawat. Bentengi diri sendiri, ahli keluarga, kediaman dan lain-lain lagi.
1. Al-Muawwizat (An-Nas, Al-Falaq dan Al-Ikhlas). Diajar oleh jibril apabila Rasullulah disihir dengan sikat oleh perempuan yahudi. Benteng pertahanan manusia. Sebelum tidur dan selepas solat fardu.
CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan ke seluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.
7. Ayat Kursi – Kisah Abu Hurairah dengan jin yang mencuri harta zakat dan telah disahkan oleh Rasullullah. Benteng diri, rumah dan harta.
CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.
4. Ayat Yasin 1-9 berdasarkan kisah Nabi dikepung oleh orang Quraish.
CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.
Ayat Berkubu
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.
CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
5. Ayat Penggerak
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
PAGAR RUMAH
Memagar rumah apabila rumah anda kerap mendapat gangguan sama ada gangguan ringan seperti kelihatan bayang-bayang, terdengar orang berjalan, bumbung berbunyi dan lain-lain lagi dan juga ganggguan berat seperti kehadiran bebola api, rumah anda marak dengan api tapi sebenarnya tidak terbakar dan kerap menerima kehadiran ular-ular dan binatang berbisa.
Jika anda tidak menerima gangguan ini juga, anda boleh melakukan kaedah ini untuk kesejahteraan keluarga. Namun perlu diingatkan lagi, kita merancang dan hanya Allah yang tentukan semuanya. Lakukan dengan ikhlas hati dan penuh keyakinan. Teknik ini tidak melibatkan syirik, malah jika saya sendiri diminta oleh anda untuk memagar, saya akan buat kaedah yang sama.
Seorang muallij yang membuat rawatan ke rumah pesakit hendaklah memagar rumah pesakit setelah selesai rawatan bagi mengelakkan kes berulang. Seeloknya muallij menyediakan air ruqyah apabila pergi ke rumah pesakit.
Sediakan bahan-bahan seperti berikut:
a) Limau purut 3 biji atau garam
b) Minyak atar atau minyak kasturi
c) Air setengah baldi/penyembur air
Doa dan wirid yang diperlukan:
a) Al-Fatihah
b) Al-Falaq
c) An-Nas
d) Al-Ikhlas
e) Ayat Kursi
g) Selawat 3x
Kaedahnya dilakukan selepas azan maghrib:
a) Potong limau/taburkan segenggam garam ke dalam air dengan membaca selawat 3 kali.
b) Tuangkan sedikit minyak atar/kasturi sambil membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak 7 kali.
c) Baca semua doa dan wirid dan hembus setiap kali habis bacaan. Jumlah hembusan ada 15 kali hembusan.
d) Pastikan tingkap dan pintu dibuka ketika azan maghrib berkumandang. Berdoa "Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari syaitan dan jin, amin" Kemudian, berteriak sama ada nada kuat atau sekadar didengari oleh keluarga:
"Wahai makhluk Allah yang ghaib, aku akan memagar rumah aku. Aku harap semua sekali keluar melalui pintu dan tingkap yang telah ku bukakan. Aku tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada di antara kamu tercedera atau terbunuh semasa proses pemagaran ini"
e) Suruh salah seorang ahli keluarga lelaki azan. Semasa ahli keluarga sedang azan, anda boleh memulakan proses merenjis di dinding dan pintu rumah kecuali dalam tandas.
f) Selepas selesai dalam rumah, pergi ke luar rumah dan siram air di keliling pintu dan anggap ianya sebagai pagar. Jangan jirus dalam longkang.
g) Berdiri di hadapan rumah sambil memandang bumbung, bacakan ayat kursi 7 dan hembuskan ke bumbung rumah sambil membayangkan bumbung anda ditutupi oleh kapsul ayat kursi.
h) Masuk ke dalam rumah semula dan berdiri di penjuru. Ada 4 penjuru semuanya. Setiap penjuru dibacakan ayat kursi dan hembus sambil membayangkan anda membina pagar ghaib di setiap penjuru.
Insyaallah, Allah akan membantu kita. Serahkan pada Allah setelah bertawakal.
PAGAR KENDERAAN
Apa-apapun kaedah tetap kaedah, yang pasti pergantungan sepenuhnya hanya kepada ALLAH setelah segala ikhtiar dijalankan. Jadikan urusan kita sebagai urusan ALLAH, jangan jadikan urusan ALLAH sebagai urusan kita. Baiklah, kita teruskan pada kaedah. Bagi mengelakkan kenderaan daripada mangalami malapetaka seperti kemalangan dan kecurian, sila ikuti kaedah berikut:
1. Sediakan air kira-kira satu baldi.
2. Setelah itu air tersebut dibacakan dengan
a) Al- Fatihah 3x, setiap kali sampai pada ayat ke-5 ulang 3x & setiap ulangan diniatkan dalam hati supaya ALLAH lindungi harta benda kita.
b)Ayatul Kursi 3x (dibaca dengan kaedah 9 waqaf)
c) Yasin 1-9 sebanyak 1 kali (Niat supaya ditutup pandangan pada orang yang berniat jahat)
d) Yasin 66 - 67 sebanyak 3 kali( Niat supaya dielakkan dari segala malapetaka & marabahaya)
e) Surah Muawwizat iaitu Al-Ikhlas 3 kali, Al-Falaq 3 kali dan An-Nas 3 kali.
3. Setiap habis bacaan ditiupkan pada air.
4. Selepas selesai proses bacaan maka boleh disiramkan air tersebut pada kenderaan dengan arah lawan jam (anti-clockwise) berikut:
a) Dimulakan dari sebelah kanan pemandu/penunggang hingga ke depan.
b) Dari depan ke kiri.
c) Dari kiri ke belakang.
d) Dari belakang bergerak sehingga ke tempat duduk pemandu atau penunggang.
5. Apabila selesai seperti yang di atas, InsyaALLAH kenderaan anda tidak akan mengalami malapetaka. BiiznILLAH.
6. Kaedah di atas hanya dilakukan sekali sahaja pada awal anda membeli kenderaan. Bagi yang sudah memiliki tetapi belum membuatnya lagi, ada baiknya dilakukan sekarang. Cukup hanya sekali sahaja. Yakin Allah beserta kita.
7. Satu kaedah atau petua untuk kita elakkan kenderaan dari dicuri, contohnya di parkir dan sebagainya. Caranya ialah:
a) Setelah meletak kenderaan, pastikan semua pintu telah dikunci, barang berharga diambil kemudian sila cari anak batu yang kecil di sekitar parkir.
b) Bacakan Ayat 4 dari surah Fatihah & niatkan supaya ALLAH menjaga harta benda kita.
c) Letakkan anak batu tersebut diatas bumbung kereta (kereta) atau atas tempat duduk penunggang (motosikal) dan terus berjalan ke destinasi anda tanpa berpaling, Insya Allah, kenderaan anda akan dijaga Allah.
TANDA-TANDA AYAT PAGAR BOCOR
1. Adakala perawat lain mendakwa pagar yang menggunakan ayat2 Quran bocor kerana:
- pesakit "melihat" berapa ekor jin masuk ke rumahnya.
- pesakit terasa ada benda2 bergerak dan berbunyi dalam rumah.
- pesakit dan pasangan tidak dapat rasa tenang tidur dalam rumah walaupun mengantuk.
2. Apabila ditanya, pesakit baru faham bahawa pagarnya yang bocor tidak cuba diperkukuhkan pula pagar itu dengan ayat kursi, ayat penggerak dan selawat tafrijiah selepas solat.
3. Selain itu, pengalaman saya sendiri apabila bercuti balik ke kampung, saya dapati banyak kelibat lalu di hadapan rumah dan ada yang dapat masuk ke rumah kerana pagar (ayat Quran) terbuka. Dari pengalaman ini, saya jangka pagar yang dibaca di rumah yang kita huni, akan terbuka pada sekitar waktu maghrib dan subuh.
PETUA SELEPAS PEMAGARAN
1. Selepas proses pemagaran, jangan lupa dibacakan ayat kursi setiap hari kerana anasir jahat sentiasa berusaha merobohkan pagar rumah kita. Ayat kursi yang dibacakan dapat mengukuhkan dan membaiki pagar ghaib rumah kita Insya Allah.
2. Selain itu terdapat juga hadis dari Ibn Mas’ud dari Rasulullah SAW bersabda sesiapa membaca sepuluh ayat yakni
- empat ayat dari awal surah Al Baqarah (1-4)
- Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya (255-257)
- penutup surah Al Baqarah (284-286)
nescaya Syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya hingga pagi.
No comments:
Post a Comment