serenemaklong.blogspot.com
Karbohidrat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran memang baik untuk kesihatan kerana bentuknya semula jadi, mempunyai indeks glisemik yang rendah dan mengurai secara perlahan-lahan di dalam tubuh, sejajar dengaan keperluan hormon insulin, enzim dan transmiter..
Keadaan ini berbeza dengan makanan karbohidrat tinggi yang telah mengalami perubahan seperti nasi, roti dan pasta. Ia meningkatkan paras gula darah dengan mendadak, menyebabkan hormon insulin, enzim dan transmiter jadi tidak menentu.
Peningkatan paras gula darah hasil daripada pengambilan makanan karbohidrat tinggi (yang umumnya mempunyai indeks glisemik tinggi) akan dikesan oleh kelenjar insulin. Insulin dikeluarkan dengan segera untuk menurunkan paras gula darah itu. Insulin yang banyak akan berkitar dalam tubuh melebihi sejam. Dalam tempoh itu paras gula pula menjadi terlalu rendah dan paras hormon insulin pula terlalu tinggi.
Ketidakseimbangan sedemikian membuat tubuh berasa lemah dan lesu. Inilah faktor yang menyebabkan kita rasa mengantuk selepas beberapa jam memakan makanan manis dan karbohidrat yang diproses.
Jika keadaan begini berlaku berulangkali lama kelamaan tubuh akan kehilangan isyarat semulajadinya. Paras hormon metabolik turut terjejas. Akhirnya tubuh menjadi obes yang tidak mudah dipulihkan melalui diet.
Orang obes mempunyai kadar metabolik rendah, sering kelihatan murung dan sensitif dengan teguran, cepat letih, curi-curi makan pada waktu tengah malam disebabkan tidak tahan rasa lapar, muka kelihatan sembap tidak berseri lantaran pembendungan air di bawah kulit. Mereka kurang minum air, tidak selesa dalam cuaca panas mahupun sejuk kerana sukar mengadaptasi diri dengan perubahan cuaca.
Pesakit obes mesti memahami proses metabolik. Persepsi terhadap pemakanan perlu diubah. Masalah sebenar pesakit obes bukan pemakanan tetapi kekurangan hormon dan enzim yang mencukupi untuk menukarkan makanan menjadi tenaga.
Makanan dan minuman yang kita ambil ditukar menjadi tenaga untuk empat bahagian tubuh, iaitu otot, otak, hati dan sel lemak. Makanan yang tiba di otot berubah menjadi tenaga yang membolehkan pergerakan dan aktiviti fizikal. Makanan yang sampai ke otak berubah menjadi tenaga yang menghasilkan neurotransmitter. Hati pula bertindak seperti loji yang menghasilkan protein bagi kegunaan tubuh. Makanan yang tiba ke sel lemjak disimpan untuk kegunaan ketika diperlukan.
Masalah obesiti berlaku kerana proses penghasilan tenaga terganggu akibat hormon dan enzim tidak lancar. Semua makanan dan minuman yang diambil oleh pesakit obes hanya menjadi lemak dalam tubuhnya sahaja.
Senaman jenis ini tidak memerlukan ruang yang luas, memadai dilakukan di atas lantai. Masa yang diambil setakat 20 minit.Tanpa disedari seluruh tenaga tubuh telah diguna bagi melakukannya. Ketika ini otot-otot dirangsang sehingga menghasilkan hormon dan enzim yang baik bagi membakar lemak secara efektif.
Rawatan meningkatkan metabolisme memerlukan komitmen tinggi. Dengan terapi dan senaman, enzim serta hormon metabolik boleh dilancarkan semula apabila dikurangkan pengambilan makanan karbohidrat bermutu rendah dan berproses.
No comments:
Post a Comment