Friday, May 27, 2011

GERD - Pedih Ulu Hati


serenemaklong.blogspot.com

Pedih ulu hati adalah keperitan yang dirasai di dada dan kerongkong. Ia berlaku apabila asid dari perut bergerak masuk semula ke esofagus. Mulut berasa masam dan berasid. Pesakit yang mengalami refluks asid berterusan lebih daripada dua kali seminggu dikenali sebagai Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD).

Ramai wanita mengandung mengalami tanda refluks asid pada trimester ketiga kehamilan disebabkan peningkatan paras hormon yang melembutkan ligamen. Biasanya sfinkter esofagus bahagian bawah (LES) terasa ketat. Uterus yang lebih besar juga menyebabkan organ dari abdomen ke perut tertolak pada diafragma menyebabkan berlakunya refluks asid akibatg fungsi LES terjejas.

Gejala refluks asid juga boleh disebabkan oleh hernia hiatus yang menolak sebahagian daripada perut melalui diafragma hiatus. Oleh sebab berat badan bertambah ketika mengandung, berat berlebihan di bahagian pinggang sering kali menekan abdomen dan meningkatkan tekanan pada bahagian dalam. Tekanan ini boleh memaksa makanan masuk ke dalam esofagus.

Antara golongan yang mengalami penyakit ini ialah mereka yang makan secara berlebihan, banyak minum alkohol, mengambil ubat tertentu, makan makanan berempah, beminyak dan juga berasid. Makanan yang boleh memburukkan lagi pesakit GERD ialah coklat, tomato, bawang, makanan berlemak, kopi, teh dan jus buah sitrus. Sebaliknya, pengambilan sedikit halia boleh mengurangkan gejala GERD.

Gejala refluks asid boleh dikurangkan dengan makan sedikit tetapi secara lebih kerap, selalu bersenam (tetapi elakkan senaman melompat naik dan turun serta sebarang aktiviti yang membongkok ke hadapan) serta memakai pakaian yang longgar. Kesannya boleh juga dikurangkan dengan menaikkan sedikit kepala katil dan tidur mengiring ke kiri kerana dalam kedudukan ini, perut menjadi lebih rendah daripada esofagus. Segera dapatkan rawatan perubatan jika mengalami muntah teruk.

No comments:

Post a Comment