Tuesday, May 24, 2011

Amalan Hijau Di Pejabat

serenemaklong.blogspot.com

 Amalkan 3 R (Reduce – Reuse- Recycle)
  • Berhemat dalam penggunaan alatulis
  • Cetak atau membuat salinan hanya jika perlu
  • Cetak atau membuat salinan di kedua-dua belah mukasurat bagi dokumen formal
  • Guna semula kertas terpakai semasa mencetak dokumen tidak formal (salinan draf)
  • Guna semula sampul surat dan fail yang telah digunakan
  • Fikir dahulu sebelum buang
  • Gunakan tong kitar semula yang betul
  • Pesanan makanan untuk mesyuarat/majlis dibuat mengikut keperluan
 Gunakan produk mesra alam
  • Gunakan bahan kimia biorosot untuk pembersihan dan penyelenggaraan pejabat
  • Nilai kebolehupayaan produk untuk dikitar semula
  • Amalkan perolehan hijau
  • Elakkan penggunaan botol air plastik
  • Elakkan penggunaan penyegar udara di pejabat
Kafeteria
  • Gunakan pembungkus makanan yang mesra alam
  • Bawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan dan minuman
Pengangkutan
  • Gunakan pengangkutan awam atau amalkan perkongsian kenderaan
  • Gunakan perkhidmatan `Park and Ride` untuk mengurangkan kesesakan tempat parkir
Jimatkan tenaga
  • Padamkan lampu di ruang yang tidak digunakan
  • Gunakan tangga untuk naik ke aras lain
  • Meletakkan komputer peribadi ke sleep mode apabila tidak digunakan
  • Gunakan peralatan elektrik mengikut keperluan
  • Jangan buka tingkap apabila pendingin hawa sedang beroperasi
  • Pastikan peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan pejabat.
  • Maklumkan kepada pihak yang berkenaan dengan segera mengenai sebarang kerosakan
Jimatkan air
  • Kawal penggunaan air
  • Pastikan pili air ditutup rapat
  • Elakkan `flushing` yang tidak perlu
Maklumkan juruteknik dengan segera jika terdapat kerosakan atau kebocoran

No comments:

Post a Comment