Thursday, July 14, 2016

Selidiki Berita Yang Diterima


Inilah yang berlaku di Malaysia. Sebab itu ramai pandang hina pada mufti, ustaz ustazah, dan pendakwah. Salah satu sebabnya akibat terpengaruh hasutan jahat dari media khususnya media liberal seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, The Malay Mail Online, dan seumpamanya!

Kemudian budak2 baru hendak naik pun mula buat konklusi: "Korupsi berleluasa, mufti bisu. Ini adalah ulama jahat.."

Pathetic.

[Dari Tarbiyah Sentap dan foto oleh Lukis2 Academy]


Syair Arab ada menyebut:

Jika mendengar hal yang baik sengaja disembunyikan
Jika mendengar hal yang buruk sengaja disebarkan
Jika tidak mendengar apa-apa sengaja direka-reka

Khalifah Umar Abdul Aziz pernah didatangi seorang lelaki yang menceritakan sesuatu yang tidak disukainya. Lalu beliau berkata: "Jika kamu mahu saya menghukumi kamu andainya kamu berbohong dengan cerita tadi, maka kamu termasuk dalam ayat: "JIKA DATANG KEPADA KAMU SEORANG FASIQ MEMBAWA SESUATU BERITA, MAKA SELIDIKILAH." (Surah Al Hujurat ayat 6).

"Jika kamu bercakap benar, maka kamu termasuk dalam ayat: "YANG SUKA MENYEBARKAN FITNAH HASUTAN." (Surah Al Qalam ayat 11).

Atau, kamu mahu saya memaafkan kamu jika kamu menyesal dan bertaubat?"
Lelaki itu menjawab, "Maafkan saya wahai Amirul Mukminin, saya takkan mengulanginya lagi."

Wallahua'lam.

(Al Ustaz # 51)

No comments:

Post a Comment