Tuesday, July 19, 2016

Sedekah Membantu Ketika Susah


Dikisahkan, seorang ahli sufi, Ibrahim bin Adham pergi ke istana untuk menikmati jamuan yang dihidangkan oleh seorang sultan yang kaya raya.

Sedang Ibrahim cuba untuk mengambil makanannya, tiba-tiba datang seekor burung gagak menyambar roti yang sedang di tangannya.

Melihat hal demikian, Sultan pun memerintahkan pengawalnya mengejar burung gagak tersebut. Pengawal pun melompat ke atas kuda dan mengikuti sehingga gagak itu turun ke sebuah tempat.

Di tempat itu seorang lelaki sedang diikat pada sebatang pohon. Kemudian mereka melihat gagak itu sedang meletakkan roti ke mulut lelaki tersebut.

Para pengawal melaporkan kejadian itu kepada sultan yang kemudian mendatangi lelaki itu dan bertanya, "Siapakah engkau? Apa yang berlaku pada dirimu?"

Lelaki itu menjawab, "Saya salah seorang dari kafilah dagang. Perompak telah merampas semua barangan saya. Sudah berhari-hari saya terikat di pohon ini. Setiap hari burung gagak ini membawakan makanan dan menaruhnya ke mulut saya. Ketika saya haus, ada awan kecil terbentuk dan mencurahkan hujan sehingga saya merasa segar dan kenyang."

Sultan tahu bahawa lelaki itu di dalam hidupnya memang sebagai seorang pedagang yang jujur dan suka bersedekah.

Begitulah analogi yang sering kita dapati tentang rezeki dan burung. Burung berangkat di pagi hari dalam keadaan lapar, dan Tuhan menyediakan makanan buatnya sehingga ia kembali ke sarangnya dalam keadaan kenyang.

Setiap rezeki telah diatur Allah dengan cara-Nya yang tesendiri. Allah tidak lelah ataupun lalai memberikan perhatian kepada mereka yang bersedekah.

Semoga kisah ini dapat mengajar kita supaya sentiasa bersedekah kerana ia mendatangkan banyak pertolongan dan manfaatnya di saat kita menghadapi kegetiran hidup..

~ The bounty of Allah is unlimited ~

[Ustazah Siti Nurbaya Usman]


Pembuka Pintu Rezeki

1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “ Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan “La hawla Wala Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )

2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin” Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).

No comments:

Post a Comment