Wednesday, July 13, 2016

Kerja Syaitan Memang Menyibukkan


Diceritakan bahawa seorang lelaki pergi menemui IMAM ABU HANIFAH pada suatu malam.

Dia bertanya, "Wahai Imam, telah lama saya menanam sejumlah duit di satu tempat, tetapi saya terlupa di mana tempat itu. Bolehkah tuan bantu saya selesaikan masalah ini?"

Jawab IMAM ABU HANIFAH, "Ini bukan kerja seorang faqih. Tetapi adalah lebih baik kamu balik dan bersolat sehingga waktu subuh. In sya Allah kamu akan ingat di mana tempat itu."

Maka lelaki itu pun mematuhi saranan Imam. Ketika baru saja bersolat, tiba-tiba dia teringat tempat duit itu ditanam dan segera ke sana untuk mengeluarkan duitnya.

Paginya dia pergi memberitahu hal itu kepada Imam. Sambil berterima kasih dia bertanya, "Macam mana tuan tahu saya akan dapat ingat tempat itu?"

Jawab Imam, " SESUNGGUHNYA SYAITAN TIDAK AKAN MEMBIARKAN SESEORANG HAMBA ALLAH KHUSYUK DALAM SOLAT. IA AKAN MENYIBUKKAN HATI DENGAN BERMACAM PERKARA termasuk membuat kamu ingat tempat duit itu!!!

(Al Ustaz # 51)

No comments:

Post a Comment