Wednesday, July 13, 2016

Kembali Kepada-Nya Umpama Pinggan Bersih


Seorang kaya telah meminjamkan pinggannya yang cantik lagi bersih kepada 3 orang peminjam. Tidak lama kemudian pinggan-pinggan itu pun dipulangkan oleh para peminjamnya.

Pinggan yang dikembalikan oleh Peminjam A berkeadaan bersih, wangi dan berseri seperti asalnya. Orang kaya itu dengan ceria meletakkan pinggan tersebut di tempat yang baik.

Pinggan dari Peminjam B kurang bersih keadaannya. Lalu orang kaya membersihkannya dulu sebelum menempatkannya di tempat yang baik.

Pinggan yang dipulangkan oleh Peminjam C sangat teruk, retak di sana sini dan sudah tidak serupa pinggan lagi. Dengan rasa marah orang kaya itu mencampakkannya ke dalam tong sampah.

Begitulah analogi hidup kita.

Allah Taala pinjamkan kita dengan zahir dan batin yang baik. Jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, Allah dengan gembira menempatkan kita di Syurga-Nya.

Jika kita kembali kepada-Nya dengan keadaan kurang bersih, Allah akan meletakkan kita di neraka dulu selama beberapa ribu tahun bagi mensucikan keadaan kita dari dosa-dosa. Kemudian barulah kita ditempatkan di Syurga-Nya.

Kalau kita pulang dengan amalan yang berkecai, dipenuhi dosa syirik, khurafat, kufur, nifaq dan segala macam perangai mazmumah TANPA SEMPAT BERTAUBAT, Allah Taala tiada pilihan selain mencampakkan kita ke dasar neraka untuk menjadi bahan bakar.

Terserah kepada diri kita sendiri untuk mencari cara manakah kita mahu kembali kepada-Nya.


AGAR SENTIASA DILINDUNGINYA:

1. Sabda Nabi ﷺ: “Jika seseorang keluar rumah, lalu dia mengucapkan “Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, laa hawla wa laa quwwata illa billah”,
maka dikatakan ketika itu: “Engkau akan diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga”. Syaitan pun akan menyingkir darinya. Syaitan yang lain akan mengatakan: “Bagaimana mungkin engkau bisa mengganggu seseorang yang telah mendapatkan petunjuk, kecukupan dan penjagaan?!”
(HR. Abu Daud dan Tirmizi)

2. Daripada Ummu Salamah beliau berkata:“Nabi ﷺ tidaklah keluar dari rumahku kecuali beliau menghadapkan pandangannya ke langit, lalu beliau membaca zikir:Allahumma inni a’udzu bika an adhilla aw udhalla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya."
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah).

‪#‎cahayaislam‬

No comments:

Post a Comment