Wednesday, February 10, 2016

Pengorbanan Seorang Isteri

Kasih sayang dan kesetian si isteri terhadap suami yang lumpuh. Wanita ini sanggup membawa suaminya, ke mana saja dia pergi. Besar sungguh pengorbananmu wahai wanita yang bergelar isteri. Ya..! Allah.. kau berikanlah balasan syurgamu kepada wanita ini.. Aamiin. [Foto Kamarudin Abdul Kadir]
Selepas berkahwin umumnya tubuh wanita akan berisi. Saidatina Aisyah RA pun mengalami perkara yang sama. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)
Hikmahnya, suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak). Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi di sebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlak seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlak yang cantik namun akhlak yang indah in sya Allah akan membiaskan nur di wajah isteri.Tidak mengapa kalau tidak layak untuk menjadi seorang model. Berusahalah untuk menjadi seorang role-model.

No comments:

Post a Comment