Wednesday, February 3, 2016

Hikmah Kehidupan

Hari-hari yang semakin kencang berputar dan terus berputar seharusnya membuat orang orang yang ingin kuat selalu berada di dalam satu jalur, ya itu jalur taqwa kepada Allah. Dengan bekalan seperti ini, jika seseorang itu kaya, kekayaan zahir dan batinnya tidak akan pudar. Seandainya dia ditimpa kemiskinan, pintu kesabaran selalu terbuka luas baginya. Ketaqwaan adalah akar dari segala keselamatan yang tidak harus hilang apabila zaman berubah. Ketaqwaan yang membuat manusia bangkit ketika tergelincir dalam menuju ke jalan yang benar.
Orang yang memahami takdir akan teguh menerimanya sedangkan yang berputus asa sering menyalahkan takdir. Bila seseorang tidak dapat menerima takdir, lenyaplah perasaan rendah dirinya di hadapan Allah. Yang muncul hanya keangkuhan. Kita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi, dan lebih suci dibanding mereka yang kita nasihati. Jika kau merasa besar, periksa hatimu. Mungkin ia sedang bengkak.Jika kau merasa suci, periksa jiwamu. Mungkin itu putihnya nanah dari luka nurani.Jika kau merasa tinggi, periksa batinmu. Mungkin ia sedang melayang kehilangan pajakan.Jika kau merasa wangi, periksa ikhlasmu, mungkin itu asap dari amal solehmu YANG HANGUS DIBAKAR RIYA'
Jangan terlena dengan azab yang ditundakan di dunia kerana cinta dunia tidak berguna jika jalan menuju akhirat tidak terbuka. Padahal taat kepada Allah amat memperkuatkan keyakinan ke hadirat-Nya. Iman manusia sama semasa sihat. Namun ketika sakit ataupun ditimpa bencana, dapat kita lihat siapa yang benar-benar kukuh imannya. Salah satu tanda orang yang mendapat kebahagian adalah jika umurnya panjang, Allah mengurniakan kepadanya kesempatan untuk bertaubat. Allah menjadikan satu pintu yang luasnya seluas perjalanan 70 Tahun agar manusia yang masih hidup mempunyai kesempatan untuk bertaubat. Syurga mempunyai 8 pintu dan 7 dari pintu tersebut akan tertutup kecuali pintu Taubat sehingga matahari terbit dari arah barat. Namun jangan difikirkan bahawa 70 tahun itu masih lama ataupun matahari terbit dari arah barat masih lama juga. Kita tidak pernah tahu kalau Allah menghendaki pintu itu tertutup esok atau lusa kerana semuanya di dalam genggaman-Nya. Jangan abaikan setiap kesempatan dari-Nya meskipun sedetik.
Cari ilmu yang baik dan amalkan sebaik-baiknya. Itulah permulaan untuk jadi baik.Buat baik bukan bererti sudah jadi baik. Tetapi itulah cara untuk jadi orang baik. Bunga tetap terbaik kerana terus memberi keharuman kepada tangan yang menghancurkannya.Berusahalah menjadi insan terbaik

No comments:

Post a Comment