Tuesday, March 3, 2015

Teknik Mengecat Kayu

Walaupun mengecat kayu tugas mudah, sebenarnya ia memerlukan teknik yang betul supaya hasilnya kelihatan sempurna. Perabot kayu seperti meja kecil, meja makan dan set kerusi serta katil yang mungkin sudah lama dan kelihatan kurang menarik boleh diserlahkan penampilannya dengan mengecat semula permukaan kayunya.Bagi memastikan hasil yang terbaik ikutilah langkah yang betul: - Gosok kayu terlebih dulu menggunakan kertas kasar atau kertas pasir bagi menanggalkan cat lapuk dan permukaan yang tidak sekata sebelum anda mula mengecat - Pastikan campuran cat tidak terlalu pekat kerana mungkin cat berketul dan merosakkan permukaan - Bagi kelihatan lebih menarik anda boleh membuat dua kali ulangan. Ketika ingin mengecat untuk yang kedua kalinya pastikan cat pertama sudah kering sepenuhnya supaya sapuan kelihatan kemas dan cat pada berus tidak melekat atau melekit - Jika ingin membuat dua atau tiga kali ulangan pastikan keseluruhan permukaan mendapat jumlah sapuan yang sama supaya semua bahagian kelihatan serupa - Apabila siap mengecat seelok-eloknya jemurlah di bawah matahari yang terik dan bukannya menggunakan kipas untuk mengeringkan cat itu. Langkah ini juga turut membantu penjimatan.[Harian Metro]

No comments:

Post a Comment