Friday, March 27, 2015

Kuasai Dahulu Ilmu Dasar

Ramai orang gemar membaca buku-buku pemikiran tentang agama, sedangkan ilmu-ilmu dasarnya belum dikuasai dengan baik. Pemahaman terhadap Islam juga masih lemah.Ada juga yang pada awalnya membaca buku berbau “liberal” dengan alasan untuk menambahkan wawasan. Tanpa disedari sedikit demi sedikit akan mulai terpengaruh dengan pembacaannya. Dan yang paling berbahaya adalah tanpa ilmu yang mencukupi seseorang mungkin akan terkeluar dari landasan dasarnya. Akhirnya mereka merasa mendapatkan sesuatu ilmu yang disangkanya sebagai pencerahan, padahal dasar keilmuannya sangat terbatas. Ibarat gelas kosong. Apa yang dimasukkan itulah yang menjadi isinya. Kalau yang dituangkan minuman yang menyihatkan maka itu akan sangat bermanfaat bagi dirinya. Sebaliknya, kalau dituangkan minuman yang kotor, apalagi racun, sudah tentu sangat membahayakan.Ilmu itu bagaikan madu. Tetapi adakalanya sampai tahap yang bagaikan hempedu, maka hanya orang yang berilmu luas sahaja yang dapat membezakannya.Kuasailah dahulu Rukun Islam dan Rukun Iman dengan sebaiknya supaya tidak akan terkeluar dari batas keimanan yang sentiasa ingin kita miliki dengan sempurna.
Menuntut Ilmu itu wajib: Jom tambah sedikit pengetahuan-----UNDANG-UNDANG JENAYAH dalam Islam ada 4 jenis: a. Qisas b. Hudud c. Diyat d. Ta'zir---------QISAS melibatkan 3 kes, iaitu : a. Bunuh dengan sengaja b. Melukakan dengan sengaja c. Mencederakan sehingga hilang anggota (mencacatkan) dengan sengaja ----------HUDUD pula melibatkan 6 kes : a. Murtad b. Merompak c. Minum arak d. Berzina e. Mencuri f. Tuduh zina (qazaf)---------- DIYAT (pampasan) pula melibatkan 2 kes : a. Bunuh dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja b. Cederakan atau cacatkan dengan tak sengaja atau seolah olah sengaja---------- TA'ZIR pula ialah hukuman hukuman lain bagi kes kes lain yang ditetapkan oleh pemerintah dalam bentuk mendidik. Contohnya saman, ia tidak sesuai dijatuhkan kepada orang yang kaya kerana ia tidak mendidik orang kaya tersebut untuk mengubah sikapnya yang sengaja melanggar lampu isyarat misalannya---------------- Secara mudahnya, hukuman yang digariskan hanyalah bagi 9 kes sahaja, iaitu mencuri, berzina, minum arak, tuduh zina, merompak, murtad, membunuh, mencacatkan dan melukakan.Ini sahaja yang wajib dilaksanakan mengikut ketetapan syarak. Manakala selebihnya seperti langgar lampu isyarat, hack komputer orang, membakar sampah sarap di kawasan terbuka dan lain lain terletak di bawah ta'zir yang mana hukumannya diputuskan oleh pemerintah mengikut kesesuaian dan bertujuan mendidik.

No comments:

Post a Comment