Thursday, March 19, 2015

Ihsan Kemuncak Islam Dan Iman

Ciri-ciri orang Islam di sekeliling kita:
ORANG MUKMIN – orang beriman yang percaya dalam hatinya, mengucapkannya secara lisan dan beribadah kepada Allah dalam kehidupan sehariannya. ORANG FASIK – percaya dan yakin kepada Allah tetapi tidak menjalankan ibadah dalam kehidupan sehariannya.ORANG MUNAFIK – tidak beriman tetapi melaksanakan amalan yang terkandung dalam RUKUN ISLAM dalam kehidupan sehariannya.ORANG MUSYRIK – mengakui keEsaan Allah tetapi dalam waktu yang sama, dia juga mempercayai dan menyembah unsur-unsur lain seperti berhala, kayu, batu dan sebagainya.
Rasulullah saw bersabda: “ Mahukah kamu tahu siapa ORANG MUKMIN? Dia adalah ORANG YANG DIPERCAYAI OLEH ORANG LAIN DENGAN DARAH DAN HARTA MEREKA -----ORANG MUSLIM pula adalah ORANG YANG SELAMAT DARIPADA LIDAH DAN TANGANNYA-----MUJAHID adalah ORANG YANG MEMERANGI HAWA NAFSUNYA KERANA TAAT KEPADA ALLAH ---ORANG MUJAHIR adalah ORANG YANG MENINGGAKAN KESALAHAN DAN DOSA.” (HR Ahmad) -----Antara kesemua orang itu, ORANG MUKMIN lebih bersifat proaktif kerana membuat orang lain percaya dan memberikan amanah kepadanya. Dia menjalani kehidupan dengan tujuan mencari kebenaran secara sedar dan menggunakan akalnya untuk meninggikan ilmu dan sekali gus meninggikan iman.ORANG ISLAM (MUSLIM) sama dengan orang yang menyerah diri yang hanya mengikut orang lain dan kurang menggunakan akal (TAKLID). Ini kurang baik menurut Firman Allah dalam Surah Az Zumar ayat 9: “Katakan, ‘Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?’ Orang yang BERAKAL DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN.”
Umumnya, manusia perlu melakukan ibadah yang terkandung dalam RUKUN ISLAM SEBELUM DIA MEMAHAMI ERTI IMAN. Ibadah yang dilakukan secara istiqamah akan MENINGKATKAN AKAL, MENINGKATKAN PENCARIAN ILMU YANG DIREDHAI ALLAH dan seterusnya MENINGKATKAN IMAN. Apabila dikaji proses turunnya ayat-ayat Al Quran, kita dapat melihat ayat-ayat yang turun di Makkah adalah yang berkaitan KEIMANAN dan AKHLAK, sementara ayat-ayat yang turun di Madinah mengandungi HUKUM-HAKAM, MUAMALAH, KEMASYARAKATAN dan sebagainya. Begitulah Allah mendidik manusia. Kita memulakan amalan solat sejak kecil meskipun keimanan belum masuk ke dalam hati.
ISLAM berhubungan erat dengan LAPISAN HATI PALING LUAR iaitu QALB.IMAN berhubungan erat dengan LAPISAN HATI KEDUA iaitu LUBB. IHSAN berhubungan erat dengan LAPISAN HATI PALING DALAM iaitu FUAD.Dalam 3 lapisan hati itu terdapat PUSAT HATI iaitu SIRR (atau SIRULLAH) bermaksud RAHSIA ALLAH. Di pusat hati inilah Allah mengurniakan ilham-Nya kepada manusia -----RUKUN ISLAM (5 tiang agama) adalah mengucap dua kalimah SYAHADAH, mendirikan SOLAT FARDU, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan ZAKAT, menunaikan HAJI sekiranya mampu -----RUKUN IMAN yang mengandungi prinsip TAUHID (mendahulukan Allah atas segala-galanya) ialah percaya kepada ALLAH, percaya kepada para MALAIKAT, percaya kepada KITAB-KITAB ALLAH, percaya kepada para RASUL, percaya kepada HARI KIAMAT, percaya kepada takdir QADA’ DAN QADAR. 11 perkara ini sangat dipentingkan oleh Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ).
Syeikh Ibnu Atha’illah asy-Syakandari mengungkapkan tahap keimanan dalam hati para pendengar dengan memberikan metafora ini -----TAUHID digambarkan sebagai MATAHARI TAUHID. KETINGGIAN ILMU agama dipanggil sebagai BINTANG ILMU. KEMAKRIFATAN (mengenal Allah) dinamakan sebagai BULAN MAKRIFAT.Pakar motivasi Indonesia, Ary Ginanjar meletakkan hubungan antara ISLAM, IMAN, dan IHSAN sebagai sama dengan DIMENSI MANUSIA iaitu DIMENSI FIZIKAL (tubuh badan) DIMENSI EMOSIONAL (minda) dan DIMENSI SPIRITUAL (jiwa). Tiga dimensi manusia ini berkaitan dengan kecerdasan ESQ iaitu IQ (Intelligence Quotient) sama dengan DIMENSI FIZIKAL iaitu RUKUN ISLAM, EQ (Emotional Quotient) sama dengan DIMENSI EMOSIONAL iaitu RUKUN IMAN, SQ (Spiritual Quotient) sama dengan DIMENSI SPIRITUAL iaitu IHSAN. Dalam hadisnya Nabi s.a.w.bersabda, “IHSAN adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya (mengenang atau memandang Allah dengan MATA HATI. Ini disebut MUSYAHADAH). Walaupun kamu tidak dapat melihat-Nya, yakinlah Allah sentiasa mengawasimu (merasakan Allah dekat dan mengawasi. Ini disebut MURAQABAH).” (HR Bukhari dan Muslim).
Suatu metafora -----Mentol (IHSAN) tidak akan menyala tanpa Kabel (ISLAM) dan Sumber Tenaga (IMAN). Begitulah juga, IHSAN yang merupakan kemuncak ketaqwaan tidak akan dicapai tanpa memiliki ISLAM dan IMAN.Oleh kerana itulah para ulama menasihatkan kaum Muslimin mendahulukan amalan MURAQABAH (sentiasa diawasi) dan meningkatkannya secara beransur-ansur ke tahap MUSYAHADAH. Pengamalan MURAQABAH menyebabkan orang Mukmin tidak mahu melakukan maksiat seperti rasuah, ponteng kerja, pecah amanah, atau apa-apa sahaja perbuatan buruk waima sekecil biji sawi pun, sedangkan dia sedang bersendirian.
Orang Islam yang belum muraqabah tetapi mempunyai keinginan untuk MENYUCIKAN JIWA atas kesedaran iman, in sya Allah akan berjaya mencapai tahap ini. “Beruntung bagi orang yang menyucikan jiwa.” (As Syams, ayat 9).
Orang yang menyucikan jiwa mengawasi nafsunya, menjaga hatinya, baik pada masa lampau, masa kini mahupun masa hadapannya, meniti jalan yang benar sambil berhubung langsung dengan Allah secara istiqamah. Dia dapat merasakan kedekatan Allah, mengawasi, melihat keadaan diri dan semua perbuatan serta perkataannya.

No comments:

Post a Comment