Monday, March 23, 2015

Masuk Syurga Kerana Rahmat Allah

Masuk syurga kerana Rahmat dan Kemurahan ALLAH. Allah tidak memerlukan amalan hamba-Nya. Allah memerintahkan hambanya supaya beramal, supaya dia sedar bahawa dirinya lemah dan selalu memerlukan pertolongan-Nya. Pengakuan ini sangatlah penting.Dikisahkan bahwa ada dua roh yang diseksa di dalam neraka. Allah kemudian memerintahkan kedua-duanya dikeluarkan.
Setelah keluar, Allah bertanya kepada mereka, “Apakah yang menyebabkan kalian berdua masuk ke dalam neraka?” “Nafsu kami, Ya Allah,” jawab mereka. “Bukankah Aku telah melarang kalian bermaksiat kepada-Ku? Bukankah Aku telah mengutus para Rasul-Ku dengan bukti-bukti yang nyata? Dan bukankah telah Aku katakan melalui lisan para ulama, barangsiapa yang taat kepada-Ku akan memperoleh syurga, istana, wildan, dan bidadari, sedangkan yang durhaka kepada-Ku akan diseksa di neraka bersama Qarun, Firaun, dan Haman?” “Benar, tetapi kami tidak taat dan selalu bermaksiat kepada-Mu Ya Allah,” jawab kedua-dua roh tersebut. “Kalau demikian, kembalilah kalian ke neraka, dan rasakanlah seksaku yang pedih di dalamnya,” perintah Allah.
Mendengar perintah tersebut, roh pertama bergegas kembali. Namun roh kedua berjalan dengan enggan sambil sesekali menoleh ke belakang.“Mengapa engkau berjalan tergesa-gesa?” tanya Allah kepada roh pertama. “Ya Allah, dahulu aku selalu membangkang terhadap perintah-Mu. Sekarang, sudah seharusnya aku taat kepada-Mu.” “Dan kamu, mengapa tidak segera kembali ke neraka?” tanya Allah kepada roh kedua. “Aku sangat mengharapkan ampunan-Mu, Ya Allah. Mustahil Engkau akan mengembalikan kami ke neraka setelah Engkau membebaskan kami darinya.”
Dengan penuh kasih sayang Allah berkata kepada keduanya, “Masuklah kalian berdua ke dalam syurga. Masuklah kamu ke dalam syurga wahai roh yang pertama, kerana kamu telah mentaati perintah-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam syurga wahai roh yang kedua, kerana kamu percaya kepada rahmat dan kemurahan-Ku.” [Sumber:Iblispun Ingin Bertobat/karya: John Rinaldi ash-Shiddidqi/penerbit:insan]

No comments:

Post a Comment