Sunday, March 1, 2015

Lahir Dari Sperma Seludup Ayah

Hanya di Gaza.Meskipun Israel dan warden penjara cuba mengasingkan mereka di dunia yang berbeza tetapi mereka berkeras untuk menjalani kehidupan yang sebaliknya.Ini adalah gambar Jannat, anak sulung Hossam Al-Attar, pejuang Palestin yang berada dalam tahanan Israel sejak 2008 setelah dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun. Jannat dilahirkan selepas sperma ayahnya diseludup keluar dari dalam penjara Israel ! Bayi perempuan ini dilahirkan ke dunia ini selepas pembedahan Caesarean dilakukan kepada ibunya di Hospital Shifa di Gaza City sejurus selepas kejayaan penyeludupan sperma ayahnya daripada penjara Raymond ke Semenanjung Gaza meskipun terpaksa melalui kawalan ketat sebagai tahanan yang sangat dikehendaki Israel.Jannat membuka matanya ke dunia ini tanpa melihat ayahnya. Bapanya pula tidak akan memeluknya dan tidak akan melaungkan azan ke telinganya .Ibu Jannat membuka matanya selepas pembedahan tanpa Hossam yang seharusnya memberikan sokongan sambil memegang tangannya dan berkata: Alhamdulillah sayangku telah selamat.Tahniah! Hebat sekali Hossam, isteri Hosam dan bayi Jannat yang istimewa ini.[Kredit:Hamza Deirawi]

No comments:

Post a Comment