Monday, March 2, 2015

Menyimpan Rahsia

Sejauh mana dapat kita menyimpan rahsia? Ibnu Jauzi menuturkan di dalam kitab Shaidul Khatir:"Aku perhatikan bahawa satu jiwa akan merasa sulit untuk menyembunyikan sesuatu. Dia merasa kepuasan ketika dapat menyebarkan sesuatu sehingga lapang dadanya.Semuanya sangat mudah disebarkan padahal menyembunyikannya merupakan keharusan. Setiap ucapan adalah doa dan orang yang tegas adalah orang yang tidak mendahului batas rahsianya dan tidak menyebarkannya kepada siapapun. Menutupi musibah merupakan bahagian dari menutup rahsia. Sedangkan mempamerkan memudahkan orang lain mencacinya. Berhati-hatilah dengan sahabatmu satu kali. Dan berhati-hatilah dari musuhmu seribu kali." Dikisahkan ada seorang bijak berpesan kepada anaknya, "Jadilah kamu orang dermawan dengan hartamu dalam kebenaran. Jagalah rahsia yang diamanahkan.Orang yang paling baik adalah yang menginfakkan hartanya di jalan kebaikan dan kikir dalam menyembunyikan rahsia. Yang mampu menjaga rahsia itu sangat sedikit jika di bandingkan dengan orang yang mampu menjaga hartanya. Menjaga harta cukup dengan mengunci pintu. Sedangkan menjaga rahsia harus menahan lisan dari berbicara.Orang yang dapat menjaga rahsia maka dia baik dan bagus dalam bermuamalah. Sebaliknya yang tidak mampu menjaga lisannya, dia berhak untuk menyesalinya kemudian hari.
Semua manusia ada silap, cuma mungkin silap itu berbeza dan lain masanya ---silap lisan ---silap tulisan ---silap dengar ---silap pandang ---salah faham ---silap besar ---silap kecil ---silap yang diketahui ---silap yang tersembunyi ---silap yang dijaja ke sana sini. Tiada orang yang suka kesilapannya dijaja, sebab itu mungkin hanya satu kesilapan, mungkin terlepas pandang. Semua orang mahu aib masing-masing ditutup. Maka tutuplah aib orang lain yang terbuka. Kita semua manusia,semua ada silapnya.Jangan jaja salah orang,seolah-olah diri sendiri cukup sempurna. Muhasabahlah.
Selesai satu bab. Bab ini pula tentang menayangkan rahsia sendiri di laman sosial. Setiap dua minit post dikeluarkan. Dia sangka kawan-kawan hendak tahu cerita dia, sedangkan hakikatnya orang muak membaca. Ada pulak yang marah tidak kena masa.Masalah line internet pun nak marah. Keluarlah ayat-ayat macam orang tiada agama. Yang lain pula asyik 'like' saja. Tidak kira post apa dan tidak kira siapa tuannya, adakala langsung tidak baca pun isi cerita, yang penting like dia mesti ada. Tidak kurang juga yang bergambar profil macam laki bini, sedangkan nikahnya entah di mana. Keluar pula ayat-ayat terlebih manis dari gula. Tunggulah beberapa waktu lagi. Masih couple atau sudah berantakan. Di belakang skrin, orang mengutuk dia tak perasan. Cukup-cukuplah. Simpanlah sedikit perasaan malu di dalam diri atas nama hamba Allah yang dimuliakan.

No comments:

Post a Comment