Monday, December 2, 2013

Taktik Penyamun Terkini

Penyamun memanjat pagar rumah mangsa dan mencabut fius TNB bersebelahan meter TNB. Tujuannya untuk mematikan bekalan elektrik dan mengumpan mangsa membuka pintu rumah. Sudah pasti mangsa akan ke kotak fius untuk memeriksa. Bukan fius yang di dalam rumah tetapi fius di tepi meter TNB. Apabila mangsa membuka pintu, penyamun terus menyerbu. Oleh itu jika bekalan elektrik terputus pada malam hari berwaspadalah. Jika rumah anda tiba-tiba "blackout" ketika lewat malam, sila hubungi atau sms / whatsapp jiran-jiran untuk pastikan sama ada bekalan elektrik kawasan yang terputus atau rumah kita sahaja. Kalau masih waswas atau jiran tidak dengar bunyi telefon, terus dail TNB 24 jam di talian nombor 15454. Begitu juga kalau lampu jalan terpadam, sila catat nombor tiang lampu tersebut dan segera hubungi TNB 24jam di 15454. Sila kongsi info ini. Sharing Is Caring!

No comments:

Post a Comment