Sunday, December 8, 2013

Doa Tolak Bala

serenemaklong.blogspot.com
Satu kemalangan ngeri melibatkan trailer, kereta MyVi, Innova, bas dan motosikal Kawasaki telah berlaku di Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Exit Senawang menghala ke Pedas. Dalam kemalangan ini pemandu bas, sepasang suami isteri dan bayi mereka meninggal dunia, manakala penunggang motosikal patah kaki tetapi pemandu trailer selamat. Ucapan takziah dihulurkan kepada semua keluarga mangsa. USTAZ ZAHAZAN MOHAMED sudi berkongsi doa untuk kita amalkan agar musibah seperti ini tidak menimpa kita, dengan izin Allah. الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda, maksudnya, ‘Sesiapa yang melihat seseorang ditimpa bala lalu dia berdoa: “Segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan kepadaku afiat, dari apa yang menimpamu, dan Dia telahpun memberikan kelebihan kepadaku berbanding dengan ramai dengan beberapa kelebihan”, maka dia akan diselamatkan oleh Allah S.W.T daripada ditimpa oleh musibah atau bala itu’. [Hadis Riwayat al Tirmizi]

No comments:

Post a Comment