Monday, December 2, 2013

Jasad Syuhada Yang Dijaga Allah Taala

serenemaklong.blogspot.com
Pada tahun 1932 (atau tahun 1351H), raja Iraq yang bernama Shah Faisal I telah bermimpi ditegur oleh Hudhaifah al-Yamani, salah seorang sahabat Nabi salla llahu alaihi wasallam, yang berkata: “Wahai raja! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi salla llahu alaihi wasallam) dari tepian Sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang aman kerana kuburku sekarang digenangi air. Begitu juga kubur Jabir.” Mimpi yang sama terjadi berulang-ulang pada malam-malam berikutnya. Tetapi Raja Faisal I tidak peduli dengan mimpi itu kerana merasadia ada hal lain yang lebih penting berupa urusan kenegaraan. Pada malam ketiga Hudhaifa al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Hudhaifa al-Yamani berkata dalam mimpi Mufti itu: “Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazahku akan tetapi nampaknya dia tidak peduli. Beritahu kepada raja agar dia bersimpati dan memindahkan kubur kami.” Setelah berbincang, Raja Faisal 1, Perdana Menteri dan Mufti Besar bercadang untuk melaksanakan tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai hal ini dan Perdana Menteri pula membuat kenyataan kepada umum supaya semua rakyat tahu tentang rancangan besar ini. Diumum bahawa rancangan ini akan dilangsungkan pada 10 Dzulhijjah selepas solat Zohor dan Asar di mana kubur kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazah (atau mungkin kerangkanya) dipindahkan ke tempat lain.
Kerana waktu itu musim haji, maka para jemaah haji yang sedang berada di kota Mekah meminta Raja Faisal I menunda rancangan itu selama beberapa hari sehingga mereka selesai beribadah di sana. Mereka juga ingin menyaksikan dengan mata kepala sendiri proses pemindahan kedua jasad sahabat Nabi salla llahu alaihi wasallam itu. Akhirnya Raja Faisal I setuju untuk menangguhkannya sehingga 20 Dzulhijjah. Setelah solat Zohor dan Asar pada 20 Dzulhijjah tahun 1351H atau tahun 1932 Masehi, orang ramai datang berduyun-duyun ke kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslim bahkan juga kaum Belum Muslim. Ketika kubur Hudzaifa al-Yamani r. a. dibuka, mereka melihat bahawa kubur itu penuh air di dalamnya. Tubuh Hudzaifa al-Yamani r. a. diangkat dengan sangat berhati-hati agar tidak rosak. Jenazah itu dibaringkan di atas sebuah tandu. Kemudian Raja Faisal I, Mufti Besar, Perdana Menteri dan Raja Faruq dari Mesir diberi penghormatan untuk mengangkat tandu itu bersama-sama dan meletakkan jenazah ke sebuah keranda kaca yang dibuat khusus untuknya. Jasad Jabir bin Abdullah Al-Ansari r.a. turut dipindahkan ke keranda kaca dengan segala penghormatan. Pemandangan yang menakjubkan itu disaksikan oleh ramai orang Muslim dan Belum Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi salla llahu alaihi wasallam yang kurang dikenal kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tidak tersentuh bakteria pengurai sedikitpun. Kedua-duanya dengan mata terbuka menatap kenabian, menyebabkan orang ramai terkejut dan ternganga. Semua terdiam, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan pada hari itu. Selain jasad kedua-duanya tampak segar, keranda mereka juga masih utuh. Kalau dilihat sekilas seolah-olah kedua pahlawan Islam ini hanya terbaring saja. Kedua jasad suci ini dikebumikan kembali di kuburan baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati nabi salla llahu alaihi wasallam iaitu Salman Al-Farisi radhiallahu anhu yang terletak di Salman Park, kira-kira 30 batu dari kota Baghdad.
Seorang ahli fisiologis dari Jerman kelihatan sangat tertarik dengan keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi yang telah dikuburkan selama lebih 1300 tahun itu. Dia langsung mendatangi Mufti Besar Iraq sambil berkata di hadapan ribuan orang, “Betullah Islam itu benar. Sekarang saya ingin masuk Islam dan tolong ajar saya tentang Islam.” Demi melihat itu, ramai orang lain yang beragama Kristian dan Yahudi turut menyatakan syahadat disebabkan takjub dengan kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment