Wednesday, December 4, 2013

Iktibar Cerita Tikus

Sepasang suami isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja di pasar. Ketika mereka membuka plastik barangan, seekor tikus duduk memerhati. “Agaknya makanan apa yang mereka bawa balik dari pasar?” Rupa-rupanya salah satu yang dibeli oleh si petani ialah perangkap tikus. Sang tikus takut bukan kepalang. Ia segera berlari menuju reban ayam dan menjerit, “Ada perangkap tikus di rumah!” Sang Ayam berkata,”Tikus, aku turut rasa sedih, tapi itu tak kena mengenai dengan aku”. Sang Tikus lalu pergi kepada Kambing sambil berteriak. Sang Kambing berkata, “Aku turut simpati, tapi aku tak boleh buat apa-apa.” Tikus lalu menemui Lembu. Jawapannya sama,” Maafkan aku, tapi perangkap tikus tidak berbahaya pada aku”. Ia lari ke hutan dan bertemu ular. Sang ular berkata, “Perangkap Tikus yang kecil itu takkan membahayakan aku”. Akhirnya Tikus pula semula ke rumah dengan rasa pasrah bahawa ia mesti bahaya itu sendirian. Suatu malam, petani itu terbangun mendengar bunyi kuat perangkap tikusnya menandakan ia telah mengena. Bila dia pergi melihat, ternyata seekor ular berbisa sudah terperangkap. Ular yang semakin ganas itu menyerang isteri petani. Petani membunuh ular tersebut, dan membawa isterinya ke hospital. Selepas beberapa hari berada di hospital akhirnya isteri petani dibenarkan pulang, namun dia masih juga demam dan meminta dibuatkan sup ayam untuk mengurangkan panas badannya. Petani dengan segera menyembelih ayamnya untuk dimasak sup itu. Beberapa hari kemudian sakitnya belum juga surut. Seorang jiran mencadangkan isteri petani itu makan hati kambing. Lalu kambing disembelih untuk mengambil hatinya. Isteri petani masih juga tidak sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Pada hari pengembumian dan selepasnya, ramai jiran, rakan dan saudara-mara datang berziarah sehingga Si Petani menyembelih lembunya untuk memberi mereka makan. Dari kejauhan Tikus melihat penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi. SUATU HARI, KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESULITAN DAN MERASA ITU BUKAN URUSAN ANDA, FIKIRLAH SEKALI LAGI.

No comments:

Post a Comment