Friday, December 13, 2013

Syiah Datang Dari Mana?

serenemaklong.blogspot.com
Presiden Iran telah memanggil kesemua Ulama Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan di antara mereka. Ke semua Ulama Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama Sunnah tiba sedikit lewat berbanding Ulama Sunnah yang lain-lain. Ulama Sunnah tersebut berjalan sambil mengepit kasut di celah ketiaknya. Ulama Syiah memandang kehairanan sambil berkata, “Kenapa mengepit kasut kamu begitu?” Ulama Sunnah itu menjawab, “Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah SAW, Syiah gemar mencuri kasut.” Ulama Syiah menjawab,“MANA ADA Syiah semasa zaman Rasulullah SAW?” Ulama Sunnah seraya berkata, “Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, DARI MANA datangnya agama kamu?” UNTUK MAKLUMAN SEMUA, ULAMA SUNNAH YANG LEWAT TIBA ITU IALAH SHEIKH AHMED DEEDAT.

No comments:

Post a Comment