Monday, December 23, 2013

8C - Sebab Suami Benci Isteri

serenemaklong.blogspot.com
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tetapi kita insan yang mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan anak-anak; keadaan sekeliling yang membuat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C itu. C1. CABAR Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain!” Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI… nanti kalau suami buat betul-betul, isteri juga yang putih mata... C2. CABUL Cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahram tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan tutur kata isteri yang tidak sopan kepada mertua... C3. CELUPAR Wanita cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap kepada suami sehingga membuat suami jauh hati... C4. COMOT Terdapat wanita cantik tetapi comot ketika di rumah. Comot ini sama ada melibatkan wajah, penampilan, kerja atau tindak-tanduknya yang selekeh. Bila hendak keluar rumah barulah dia bersolek sakan. Suami pula di tempat kerja sentiasa nampak yang comel-comel saja. Ada isteri yang kata bermekap untuk suami, tetapi di rumah tidak diamalkan pun... C5. CEMBURU Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan,asyik telefon suami di tempat kerja. Suami baru saja balik kerja sudah tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime sudah syak yang bukan-bukan... C6. CEREWET Kata ulama, hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapan. Suami tidak suka bila isteri cerewet tidak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri mahu tempat yang kelas saja. Restoran mesti berhawa dingin... C7. CINCAI Buat kerja rumah, memasak, menjaga anak semua cincai belaka. Dr Fadillah kata, suami paling benci bila isteri cincai jaga anak. Anak jatuh longkang tetapi emak masih lepak depan TV... C8. CUAI Lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila melibatkan masa. Suami menetapkan keluar jam 3.00 tetapi isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Mereka benci situasi begini. [JEJAK KASIH]

No comments:

Post a Comment