Wednesday, December 25, 2013

Seorang Wali Allah

serenemaklong.blogspot.com
Syeikh Mohammed El-Audan dilahirkan pada 1894 dan menyertai gerakan Ikhwan Muslimin ketika bertugas sebagai pensyarah Hadis di Universiti Al-Azhar. Beliau merupakan salah seorang dari 50 orang ulama yang terlibat menggubal perlembagaan Mesir pada 13 Januari 1953. Pada 1965, beliau ditangkap oleh rejim Jamal Abdul Nasser tatkala usia beliau mencecah 80 tahun. Kesemua 5 orang anaknya turut ditangkap. Dendam kesumat yang membara di dalam hati Menteri Pertahanan Mesir ketika itu, Syams Badran cuba membunuh Syeikh Mohammed sewaktu dalam tahanan. Suatu ketika, Badran telah melepaskan seekor anjing yang kelaparan di dalam penjara yang menempatkan Syeikh Mohammed dengan harapan agar beliau dibaham oleh anjing tersebut. Badran kemudian mengarahkan seorang tentera bawahannya, "Pergi kamu ke bilik tahanannya dan bersihkan bilik itu dari darah-darah." Tentera itu kembali menemui Badran dengan penuh hairan. Badran bertanya, "Apa yang telah berlaku?" Jawab tentera itu, "Demi Allah, saya melihat satu perkara yang ajaib. Saya melihat syeikh itu sedang sujud dalam keadaan anjing itu berdiri bersebelahannya seakan-akan mengawalnya. Dr.Yusuf Qaradhawi menyifatkan Syeikh Mohammed El-Audan, seorang lelaki rabbani, yang terpancar cahaya iman dan kerohanian. “Saya tidak pernah belajar darinya tetapi saya pernah menemuinya di rumah beliau di Zaitoun. Mendengar kalam-kalamnya yang memberikan kekuatan kepada rohani kerana kalamnya keluar dari hati yang membelai hati-hati yang mendengar." Gambar ini menunjukkan Al-Marhum Syeikh Mohammed tidak mampu berdiri kerana uzur ketika perbicaraan mahkamah berlangsung. [Sumber: Ikhwanwiki]

No comments:

Post a Comment