Monday, December 2, 2013

Bahagia Itu Sederhana

serenemaklong.blogspot.com
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga. Mendengar suami masih mendengkur di sebelah bererti aku masih punya suami. Mendengar ayah dan emak menegur dengan tegas bererti aku masih punya emak ayah. Merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras. Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman. Pakaian terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup. Mencuci dan menseterika tompokan pada baju, itu bererti aku memiliki pakaian. Membersihkan halaman rumah, mengelap lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal.
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya. Mendapatkan banyak rungutan dari pelanggan menandakan pelanggan kita masih ada, masih setia dan menginginkan kita menuju perubahan ke arah lebih baik. Mendengar bunyi ekzos dan hon itu bererti aku bisa mendengar. Mendengar laungan Azan di pagi hari, itu bererti aku masih hidup.
Sebenarnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Saya bersyukur mendapat kiriman pesanan ini kerana secara tidak sedar saya masih memiliki teman yang peduli tentang diri ini. Dan kerana saya peduli tentang anda maka saya kongsikannya dengan anda. Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tidak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Semoga yang membaca pesan ini selalu diberkahi dengan kesihatan, kebahagiaan dan kedamaian. Aamiin [Perkongsian dari Prof Dr Muhaya]

No comments:

Post a Comment