Tuesday, December 17, 2013

Awas Minyak Kitar Semula!!!

serenemaklong.blogspot.com
PERKARA PENTING YANG PATUT DIBERI PERHATIAN: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak dikitar semula di dalam masakan yang boleh menjejaskan kesihatan dan mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser. Aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit. Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu. Sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket. Ada kemungkinan besar minyak masak kitar semula yang diproses itu termasuk minyak yang dikumpul daripada dapur RESTORAN TIDAK HALAL sebelum dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah. Pihak berkuasa juga tidak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula yang mungkin membeli minyak tersebut dari pihak terbabit. AWAS!!! Jangan kompromi HALAL HARAM semata-mata kerana harga murah. Selidiki dulu sebelum membeli apa-apa makanan bermasak di pasar malam, warung atau gerai goreng pisang di tepi jalan.

No comments:

Post a Comment