Sunday, November 10, 2013

Khasiat Belimbing Buluh

serenemaklong.blogspot.com
BELIMBING Buluh (Averrhoa Bilimbi L) sebenarnya mengandungi banyak khasiat. Selain penambah perisa pada makanan, daunnya apabila digiling halus dan dijemur, boleh diguna bagi menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit muka, sakit-sakit sendi serta panau. Jika direbus pula, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Bagi menghilangkan batuk, ambil segenggam bunga Belimbing Buluh dan campurkan dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, dua biji bawang merah dan satu batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Lalu direbus dan ditapis. Minum air rebusan itu dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas air belimbing buluh, tiga kali sehari. Untuk penyakit darah tinggi, petik tiga biji buah Belimbing Buluh, potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan setiap pagi. Bagi bayi yang diserang penyakit kuning pula, mandikan dia dengan air rebusan daun Belimbing Buluh untuk meredakannya.
JERUK BELIMBING BULUH Petik buah belimbing, bersihkan dari segala kekotoran. Masak air garam hingga mendidih, kemudian sejukkan. Setelah air garam sejuk, masukkan belimbing dan peram selama dua minggu. Selepas itu jemur buah belimbing sehingga betul-betul kering. Buah belimbing kering enak dibuat acar atau sambal. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment