Tuesday, November 19, 2013

Cerita Ustaz Wan Teo

serenemaklong.blogspot.com
[Mari baca kisah yang mengandungi banyak iktibar ini.] “Saya menerima panggilan dari seorang sahabat menceritakan kisah perit yang dialami oleh sepasang suami isteri yang juga (Mualaf) merupakan sahabat beliau. Mereka telah pergi menemui seorang hamba Allah pergelar "Datuk" untuk mendapatkan sumbangan bagi membeli keperluan dapur kerana kurang berkemampuan. Suami wanita itu telah kehilangan kerja kerana tempat suami dia bekerja telah ditutup dua minggu lepas. Apa yang memeritkan, menyakitkan hati juga mengejutkan ialah kata-kata "Datuk" tersebut bahawa setiap "Wang simpanan" dan "Harta terkumpul" adalah untuk kepentingan masa hadapan anak-anak dan cucu, cicit Datuk itu dan bukan untuk sesuka hati disedekahkan, biarpun sedikit. Allahu akbar...di manakah nilai murni "Datuk" itu sebagai seorang yang beragama Islam? Alhamdullilah. Allah maha pengasih dan penyayang lagi maha pemurah. Dalam perjalanan kedua-dua pasangan suami isteri itu balik ke rumah, seorang Hamba Allah yang juga mereka kenali dari kampung sebelah dan kebetulan baru menetap di kampung itu telah menjemput mereka suami isteri ke rumahnya yang cukup sederhana. Setibanya di rumah mereka dijemput duduk dan hamba Allah tadi duduk di lantai beralaskan karpet bersama isterinya (sudah menjadi kebiasaan) dengan alasan hanya tetamu sahaja layak duduk di atas kerusi itu, bukan mereka. Setelah berkenalan rapat dan menceritakan segala masalah mereka, Hamba Allah itu membisikkan sesuatu ke telinga isterinya. Si isteri yang berpakaian cukup sederhana seperti orang kampung itu pun beredar menuju ke sebuah bilik paling hujung. Tidak lama kemudian isteri Hamba Allah itu keluar dan menghulurkan sekeping sampul surat berwarna merah kepada isteri pasangan tadi. Sejurus kemudian mereka pun beredar balik. Setiba di rumah, setelah berehat beberapa minit, suami meminta isterinya membuka sampul surat tadi untuk melihat isi kandungannya. Astaghfirullahazim!!! Sekeping cek Bank Rakyat yang tertulis nilainya berjumlah RM5,000. Mengalir air mata sang suami manakala isterinya tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dan yang paling menarik dalam cerita ini adalah Hamba Allah yang menghulurkan sumbangan cek bernilai RM5,000 tersebut bukan beragama islam. Subhanallah!!! Terasa sebak apabila mendegar cerita sahabat saya dalam perbualan kami sebentar tadi. Dan sahabat saya itu dari Daerah Tawau.” [Jangan jadi sekadar Muslim, lebih-lebih lagi yang dalam hatinya tiada rasa persaudaraan. Jadilah MUKMIN yang membantu KERANA ALLAH.]

No comments:

Post a Comment