Friday, November 29, 2013

Jangan Bongkak Untuk Bersatu

Sesungguhnya ketika kita berbalah sesama sendiri, ada yang sedang memerhati dan memasang strategi. Kita bertekak mengenai segala perkara, hinggakan yang remeh, saling tidak mempercayai. Kita ego dengan pendirian sendiri dan enggan berlapang dada mengenai pandangan orang lain. Kita langsung tidak memikirkan bahawa pertelingkahan akan menghancurkan masa depan generasi negara ini. Segala perbalahan yang sepatutnya diluahkan dalam lingkungan kita sendiri, kita dedahkannya dengan pihak luar, malah meminta campurtangan orang asing yang memang sedia menunggu peluang untuk "menelan" kita.
Penghapusan etnik yang dulunya berlaku di Bosnia, kini sedang berlaku di Myanmar, Selatan Thai, Palestin, juga penghapusan ahli sunnah di Syria, Iran, Iraq, Pakistan, Yaman dan senarainya semakin hari semakin panjang.
Walaupun dunia hari ini penuh kacau bilau dan fitnah berterbangan bagai bunga lalang ditiup angin, masih ramai yang mencintai keamanan, yang inginkan generasi akan datang kukuh di segi keimanan, tidak tunduk kepada sebarang bentuk sogokan. Rakyat Malaysia, janganlah bongkak untuk bersatu! Jangan biarkan kita menang sorak tetapi kampung tergadai. Hakikatnya, SI MATA SATU sudah pun menjajah minda sebahagian besar penduduk dunia. Tangan ghaibnya juga memegang ekonomi negara-negara besar. Tolong jangan biarkan perbalahan sesama sendiri menyebabkan tanahair yang kita cintai ini menjadi jajahan kumpulan minoriti yang sangat berselera besar ini.

No comments:

Post a Comment