Monday, November 4, 2013

Ilmu Yang Bermanfaat


Sebaik-baik ilmu adalah yang boleh membuat hati bercahaya. Kerana itu wajib menuntut ilmu yang mampu membersihkan hati, sehingga ilmu lain yang telah ada dalam diri menjadi bermanfaat. Sibuk mengkaji ilmu fiqah hanya akan membuat kita ingin menang sendiri, gemar menyalahkan pendapat orang lain, sekaligus menyakiti hati sesama. Demikian juga bila mendalami ilmu makrifat. Sekiranya dalam keadan hati busuk, jangan hairan kalau ia hanya membuat diri kita menjadi takabbur, merasa diri paling alim dan menganggap orang lain sesat.
Oleh itu mari kita tambah ilmu.

SOLAT SUBUH adalah sebelum terbit matahari, kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir. Seorang mukmin yang Solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah akan diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

SOLAT ZUHUR ketika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhan-Nya. Pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu diharamkan ke atasnya wap api neraka pada hari Kiamat.

SOLAT ASAR itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s memakan buah Khuldi yang dilarang. Makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam AS selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. supaya berpuasa selama 30 hari. Sementara izin makan pada waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T kepada makhluk-Nya. Orang mukmin yang mengerjakan Solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir. Sabda Rasullullah s.a.w. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya {daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya seksa kubur (seksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirat.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.”

SOLAT MAGHRIB adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.

SOLAT ISYAK dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelum nabi Muhammad s.a.w. Kubur itu sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat. Seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah S.W.T. haramkan dia daripada terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirat. Sabda Rasullullah s.a.w., "Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah: 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah s.a.w., "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari kiamat?" Maka jawab Rasulullah s.a.w.," Umatku dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDUK."

Bila kiamat tiba maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Debu itu bukan dari debu kubur tetapi debu KEIMANAN mereka. Debu itu tetap bersama sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga. Setiap orang melihat para mukmin itu tahu bahawa mereka adalah pelayan Allah S.W.T dan hamba-hamba-Nya.

Disebutkan oleh hadis Rasulullah s.a.w bahawa 10 orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal:

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran / beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Dari Jabir bin Abdullah r.a, sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang hari kiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan, maka Allah S.W.T memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: “Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku yang berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.”

Maka Malaikat Ridhwan menyeru,” wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh. “ Lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Sebarkanlah hal ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat adalah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

"Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237).

No comments:

Post a Comment