Sunday, November 17, 2013

Air Mata Wanita

serenemaklong.blogspot.com
Suatu hari, seorang lelaki berdoa dalam keadaan marah dan emosi. Dia sebal pada pasangannya yang seringkali menangis dan memanfaatkan air mata di setiap perdebatannya. Dia sungguh bosan. Tidak mahu terlibat dalam emosi yang negatif, dia sujud dan berdoa, meminta pertolongan pada Tuhan. “Tuhan, mengapa wanita sering menangis? Aku bosan melihat dan mendengarnya,” keluh lelaki itu. Jawab Tuhan kepadanya, “Kerana wanita itu unik. Aku menciptakannya tidak sama seperti kamu. Dia makhluk istimewa. KU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anakmu kelak. KU lembutkan hatinya untuk memberimu rasa aman. KU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia. KU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang saat yang lain menyerah. KU beri naluri untuk tetap menyayangi walau dikhianati dan disakiti oleh orang yang disayangi. KU hembuskan kasih sayang agar dia boleh mencurahimu dengan perhatian. KU buat matanya lentik kerana ia akan menjadi jendela kedamaian. KU buat senyumnya merekah seperti mahkota bunga untuk membuatmu tetap mengingat indahnya dunia. KU buat tangannya terampil untuk menjagamu agar tidak pernah kekurangan. Tapi jika suatu saat dia menangis. Itu kerana AKU memberikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberikan kekuatan yang baru. Itu bukan sebuah tanda kelemahan dan kekalahan.” Lelaki itupun tertegun sejenak. Dengan langkah bergegas, dipeluk dan diusapnya air mata di pipi orang yang dicintainya. “Aku akan membantumu menghapus luka batin itu…” Pokoknya, jangan pernah menyakiti wanita. Rina Mhd Yusuf

No comments:

Post a Comment