Thursday, November 28, 2013

Almarhum Ammar Bertemu Bidadarinya ((1993-2013)


Ikuti video yang dihasilkan oleh GPTD bersempena dengan Program PERKONGSIAN & HARAPAN | "APABILA AMMAR BERTEMU BIDADARINYA..." yang berlangsung di Masjid Asy-Syakirin KLCC pada 17 November 2013. http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE#t=1422 Almarhum pernah bersama Malaysia Life Line for Syria dalam misi ke Syria pada September 2013 dan telah meninggal di Turki setelah dilanggar sebuah ambulans. Semoga semangat Ammar akan terus dibawa oleh sekalian anak muda dan semoga Allah memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada roh Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. #letsfollowammar

(Perkongsian dengan Syahrir Azfar Al-Halabi) “Saya tanya Ammar, kenapa termenung. Dia kata hati dia dah terpaut pada bumi Syam (Syria), dia nak bantu Syria, sedih sangat tengok Syria macam ni dan kalau Allah izinkan dia nak mati Syahid di Syria. Malam tu berhampiran hospital tersebut dua roket dijatuhkan menyebabkan hospital tersebut bergegar. Esok awal pagi saya tersedar dari tidur dan tengok Ammar baru sudah mandi. Pelik sebab air sangat sejuk! Saya tanya Ammar kenapa mandi awal pagi macam ni? Dia cakap Allah bagi ‘Hadiah’ dalam mimpi dia. Subhanallah. Dan kerana itu rakan-rakan di Turki kata bahawa Ammar adalah syahid yang tertangguh kerana Allah dah pertemukan Ammar dengan bidadari dalam mimpinya di Syria. Allah tangguhkan kesyahidan dia bukan di Syria tetapi di Turki, bumi di mana Ammar menadah ilmu. Subhanallah, Ammar telah bertemu penciptaNya”. (Perkongsian foto dengan Mohamad Najib) Semoga semangat dan kerja buatnya menjadi dorongan kepada sahabat-sahabat lain yang terlibat dalam misi kemanusiaan di Bumi Syam, Syria. Insya'Allah aktivis-aktivis lain akan meneruskan jasa baktinya di sana.
(Perkongsian dengan Muhammad bin Ahmad Zahid Al-Hafiz) Bismillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Oleh kerana ramai yang bertanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Almarhum Ahmad Ammar Bin Azam yang baru-baru ini menggemparkan ummah dengan pemergian beliau menghadap Ilahi. Maka saya sebagai sahabat sepengajian beliau di Turki berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan serta mem 'promote' kan segala kebaikan yang beliau pernah lakukan semasa hayatnya mudah-mudahan ia dikira ilmu bermanfaat yang ditinggalkan beliau (yang mana pahalanya berterusan sehingga kiamat). Beliau antara student Malaysia terawal (beliau batch ke-2, saya ke-4 walaupun sampai sekarang student Malaysia di Turki tak sampai 35 orang pun) yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM. Sebab tu kami panggil beliau Abang Long. Agak aneh, seorang yang pernah dinobat sebagai pelajar kedua terbaik SPM 2010 di RMC dengan pencapaian 9A1 1A2 memilih untuk sambung di Turki, negara yang sering dilabel sebagai negara Eropah yang 'sakit'. Patutnya beliau ke tempat yang lebih berprestij. Dahlah ambil Turki, ingatkan ambil medic ke, atau engineering, tengok-tengok ambil sejarah, bidang yang sering diambil oleh student gred C dan D, sejarah Uthmaniyyah pulak tu. MashaAllah..... Bila pertama kali saya tanya beliau kenapa pilih Turki dan ambil sejarah. Jawapan beliau: "Turki ni dulu pernah jadi pusat Dunia Islam 600 tahun, tak ada kuasa dunia yang lagi lama daripada itu. Negara lain pun respect dan tunduk dengan Turki, kenapa kita tidak bangga, itu sejarah kita? Kita boleh kembalikan balik sejarah itu. Lepas itu kita ni dah belajar tinggi-tinggi last-last orang yang belajar lebih kurang pulak control kita. Sebab itu Ana ambil sejarah." Cukup tersentak dengan jawapan tajam beliau. Beliau seorang yang sangat pndiam, tapi sekali beliau cakap, semua orang nak dengar dan akan ingat apa yang beliau cakap. Beliau juga sangat susah nak gelak ketawa, tapi sekali beliau ketawa semua orang ingat bila dan apa yang buat beliau ketawa. Beliau jangan haraplah nak bercakap dengan perempuan, sangat kekok kalau beliau dalam situasi tersebut. Pernah sekali beliau bawa student malaysia overseas yang datang cuti di Turki dan kebetulannya perempuan. Oleh kerana beliau malu nak bagi tahu kat perempuan tersebut, beliau call seorang sahabat kami yang ambil master di Turki untuk tolong bagi tau perempuan itu apa yang dia nak bagi tau. Padahal beliau ada depan prempuan tersebut. Masha Allah...begitu sekali beliau menjaga dirinya. Beliau seorang yang sangat rajin menolong. Kkalau ada apa-apa program di rumah, beliau orang yang pertama sampai untuk bantu bentang tikar, sapu, kadang-kadang masak dan hidangkan makanan. Beliau jugalah yang last sekali balik sebab nak bantu gulung tikar, sapu balik, basuh pinggan dan bungkuskan makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sangat sopan santun, sangat berjaga-jaga ketika bertanya dan sangat berdisiplin. sebab beliau pernah cakap "dulu masa kecik, memang kuat main-main tapi lepas masuk RMC memang kena train habis". Saya cukup rapat dengan beliau dan keluarga beliau malah saya mengenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. Mana tidaknya masa first time saya mengaji depan orang umur 8 tahun, atas permintaan bapa beliau lah yang ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lagi saya aktif dalam program ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak saya sampai di Turki, kalau Sabtu, Ahad, saya akan pergi ke rumah beliau dekat Fetih Mahallesi (hari-hari lain saya di asrama Turki), makan sama-sama, beliau masak, bersukan, berdiskusi sampai tulis dekat whiteboard dan akan tidur di biliknya. Antara cara beliau ialah sebelum tidur dan bangkit dari tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul. Pada masa tu saya ingat mungkin dari sekolah menengah lagi kot dia macam ni. Beliau sering tidur lewat kerana membaca buku. (Buku-bukunya banyak yang dah ghabak dan banyak tulisan menunjukkan yang memang beliau membacanya). Bulan lepas, saya diminta untuk bentang mengenai sejarah Uthmaniyyah di laman Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yang saya jadikan rujukan utama. Beliau pun bagi lah buku-buku dan article sebagai persediaan untuk saya. Beliau juga cadangkan supaya setiap minggu mesti ada student yang akan present mengenai apa-apa ikut bidang masing-masing. Ketika Eid Adha yang lalu, kami (student Malaysia) berkumpul bersama-sama selama seminggu. Dalam seminggu tu ada 1 hari full progarm dari pagi sampai malam. Kami dibahagi ikut kumpulan. Ditakdirkan Allah, kumpulan saya diketuai oleh beliau. Tapi yang lawaknya nama kumpulan saya yang beliau bagi. oleh sebab beliau sangat suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kumpulan kami yang beliau bagi ialah 'Fatih Var Mı?' yang bermaksud Fatih ada ke? Sangat kelakar sebab nama kumpulan kami soalan. Jadi setiap kali nama kumpulan kami dipanggil, semua akan ketawa terbahak-bahak termasuk kami dan beliau sendiri. Tugasan kami adalah pergi ke muzium Atatürk dan buat sedikit research. Dalam muzium itu, beliau seolah-olah jadi penceramah apabila segala gambar yang ada dalam muzium tersebut beliau terangkan dengan detail lebih daripada petugas muzium terangkan pada kami. Ada sekali tu time makan malam di rumahnya, beliau cerita pengalaman beliau semasa mengikuti misi kemanusiaan di Syria. Beliau kata,"Ana ni bukannya reti Arab". Semua orang yang menyertai misi ini tahu bahasa Arab dan bila tentera Syria tanya dari mana datang, mereka jawab Syria (walaupun bukan sebenarnya). Bila sampai turn beliau ditanya, beliau jawab Maliziya, terus tak dapat masuk. Alhamdulillah beliau berjaya juga cari jalan belakang dan masuk pada waktu malam secara sembunyi. Sebelum beliau pergi, beliau pernah kata "Ana kalau tengok perempuan-perempuan Turki ni mesti rasa macam nak kena kawin dah ni, tak tau sebab apa". Ketika beliau bermalam di wad hospital Syria, beliau terdengar bunyi bom yang sangat kuat, terus beliau mengucap dan bersedia untuk syahid (kerana salah satu tujuan beliau ke Syria juga adalah untuk syahid), kemudian tak ada apa-apa berlaku beliau terus tidur. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau di Syria, beliau ada bertanya dengan seorang pemandu di Syria (kebetulan driver tu boleh cakap Inggeris sikit-sikit). "Kenapa pemuda kat sini berani betul dan nak syahid?" Driver tu jawab "pemuda kat sini dah tak pandang dah harta benda dan wanita. Dia orang semua hanya tunggu syurga dan bidadari syurga, sebab tu dia orang nak syahid". Beliau pun ceritakan apa yang beliau mimpi, driver tu kata "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dengan selamat, kami pun (pasal baru habis baca buku 'Kemenangan yang Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkan beliau 'Syahid yang Tertangguh'. Bila beliau cerita pada kami yang beliau mimpi, kami semua gelak dan kata, "anta ni kuat sangat bergurau". Namun hari-hari berikutnya beliau memang berubah. Setiap kali beliau pandang prempuan, tiada apa-apa yang dirasainya. 'Ajaib!!! Pernah juga beliau minta pada saya, "Anta tolong ngaji time Ana kawin nanti, ya." Saya pun jawab sambil tersengeh, "Dah dekat ke? Dengan orang mana?" Beliau jawab "Ana mintak ayah Ana carikan. Ayah nak cari orang Bosnia," katanya sambil berseloroh. Beliau juga cakap, "Nanti kalau kata Ana meninggal kat sini pun Anta tolong ngaji juga sikit, paling-paling Qul huAllah pun ok la". Saya pun jawab "tak payah la cakap macam tu". Beberapa hari seblum beliau pergi mengahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dalam satu majlis makan malam di Çamlica. Turut dihadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kebetulan beberapa hari sebelum itu pula, saya berkesempatan bertemu dengan Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nanti saya terangkan kenapa saya selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya saya macamana boleh jumpa Dr. Davut sebab beliau nak sangat jumpa dengannya. Saya jawab Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bawak jumpa masa dia datang Beşiktaş hari tu. Beliau kata Dr. Davut seorang yang sangat bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) sahaja dah boleh gerunkan musuh-musuh Turki. Pada malam itu beliau bercakap banyak lebih dari biasa. HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi tak saya sangka itulah pertemuan perpisahan kami di ardhillah ini kerana 2 hari selepas itu, insan yang sudah saya anggap seperti abang dan murobbi telah dipanggil menghadap Tuhannya. Beliau pergi meninggalkan kami dan ummah buat selama-lamanya. Saat beliau ingin melintas di jalan raya, kaki beliau tergelincir kerana jalan memang agak licin, terus dilanggar sebuah ambulans kena bahagian bahu beliau (faham-fahamlah ambulans Turki laju macamana). Kami terus ke hospital untuk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba di airport pada esoknya dengan keadaan yang cukup tenang. (Saya tak pernah melihat wajah setenang mereka yang baru sahaja kehilangan seorang permata yang lebih awal dipanggil olehNya, malah beliau merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga). Saya masih tak dapat terima hakikat ketika itu, ia seperti mimpi. Setelah jenazah dimandikan, kelihatan peluh masih ada pada wajah beliau. Saya kenal muka beliau time tidur dan begitulah wajah yang sama pada ketika itu, memang rasa macam nak kejutkan je. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Ketika jenazahnya di solatkan di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yang hadir. Pada ketika itu, saya yakin beliau seorang yang tiada musuh. Rakan-rakannya sama-sama ponteng kelas pada hari itu sebab lecture pun tak datang universiti semata-mata untuk bersama solatkan jenazah beliau. Saat dikebumikan di perkuburan Eyyüp Sultan Camii, ramai yang tak sangka beliau boleh ditempatkan d situ (kerana perkuburan teresbut juga ada maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yang lain, jadi agak luar biasa kalau orang yang tiada kaitan dengan kerajaan tambahan pula foreigner untuk ditempatkan di situ) MasyaAllah....Ketika itu, kawan-kawan universiti beliau turut memakai lencana gambar beliau pada pakaian masing-masing. Dalam video ini, sebenarnya bukan saya dijemput untuk baca surah Al-Ikhlas (tak seperti yang tertera dalam video), tapi sayalah yang minta untuk baca. Saya cakap dekat Hoca bahawa Almarhum pernah minta saya baca pada masa ini. Saya pun baca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali (dalam video tu kali pertama), kali kedua dan ketiga saya sebak dan tak dapat menahan air mata yang mengalir mengenangkan permintaan beliau semasa hayatnya yang pada masa itu saya fikir beliau bergurau.
Setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jumpa dan kata pada saya sambil senyum "nanti baca lama-lama lagi." Saya terdiam, hati saya kata pakcik ni tak rasa sedih ke, saya lebih emosi dari bapa beliau ketika itu. Pada keesokan harinya, bapa beliau mendapat panggilan telefon dari Dr. Davut yang turut mengucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka orang yang teringin sangat beliau nak jumpa semasa hidup tapi tak berkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mendapat pengetahuan orang itu. Beberapa hari yang lalu, fakulti beliau di Universiti Marmara telah menanam sebatang pokok yang diberi nama sempena nama beliau. Papan utama di Marmara Universiti tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yang bermaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana tersebut kata pada saya sambil menggeleng kepala, "Ini bukan anak yang pakcik didik, mesti ada orang lain yang didik dia sampai ke tahap ini." Last sekali sebelum beliau pergi, status terakhir beliau di FB surah Taubah ayat 111 yang mana Allah berfirman: "SESUNGGUHNYA ALLAH MEMBELI ORANG-ORANG MUKMININ, DIRI MEREKA SERTA HARTA MEREKA DENGAN SYURGA," cukup memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Saya redha beliau pergi. Hanya ilmu, nasihat dan semangat yang beliau tinggalkan pada saya. Kalau dulu orang sebut Fatih var mı? Pasti akan ketawa terbahak-bahak, namun kini kalau disebut lagi, hanya wajah beliau yang akan dikenang dan air mata akan mengalir. Ramai di antara kami ingat apa yang jadi pada beliau akan menjadi kerisauan ibu bapa di luar untuk menghantar anak-anak mereka ke Turki. Namun kuasa Allah, rupa-rupanya beliaulah pencetus dan pembuka mata kepada masyarakat untuk mula mengenal apa itu Turki disamping menjalin hubungan yang erat antara Malaysia dan Turki. Sungguh, beliau hebat, hebat, memang hebat!!!. Moga dengan hanya menonton video ini ramai lagi pemuda yang akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Saya pasti dan akan selama-lamanya mencemburui beliau. "Abang Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau ditempatkan bersama para mukminin. Al-Faatihah. MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD 20/11/2013 İSTANBUL,TÜRKİYE

No comments:

Post a Comment