Thursday, November 3, 2011

Nota Tentang Penyakit Kencing Manis



Lazimnya kaki pengidap kencing manis yang terluka akan bernanah. Kerana bimbangkan kuman berjangkit ke tempat lain, selalu disarankan agar kaki tersebut dipotong. Wajarkah hal ini dibiarkan berterusan?

Bagi saya, ia wajar jika pesakit sendiri memilih cara tersebut. Tetapi bagaimana jika pesakit enggan. Atas desakan pelbagai pihak termasuk anak-anak yang masih muda, dan tidak tahan menanggung sakit, akhirnya dia terpaksa mengalah dan merelakan kakinya dipotong.

Sebenarnya ada beberapa pandangan di segi perubatan Islam bagi pengidap kencing manis tahap sederhana. Mari kita ajukan beberapa soalan:
  • Mengapa jadi bernanah bila terluka?
  • Mengapa jadi bengkak?
  • Bagaimana hendak mengatasi luka dan bengkak tersebut?
  • Apakah kemudaratan bila bahagian yang sakit dipotong?
  • Apakah alternatif untuk pengidap kencing manis tahap sederhana?

Sebelum menjawab kelima-lima soalan, mari kita insafi bahawa Allah menjadikan setiap sesuatu dengan sistem yang telah ditetapkan-Nya. Inilah yang dinamakan syariat. Bila sistem itu terkeluar daripada syariat, hidup menjadi kacau-bilau. 

Allah menjadikan setiap sel darah dan urat saraf serta tulang belulang dalam badan secara berpasang-pasangan sebagaimana yang dinyatakan-Nya dalam surah Yassin ayat 89. Bayangkan apa berlaku bila setiap sel darah dan urat saraf serta tulang belulang dalam badan secara berasang-pasangan ini dipotong. Pasangan-pasangan itu akan putus. Apa akan berlaku ketika itu?

Perkataan kencing manis menerangkan satu kumpulan sistem dalam badan yang berkait antara satu sama lain dan telah dikuasai oleh racun. Akibatnya sistem tersebut tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya. Yang dikatakan racun di sini ialah sifat manis gula berlebihan yang ada dalam badan pesakit.

Racun ini menyumbat perjalanan darah, lendir, angin dan cecair sehingga tidak dapat mengalir lancar. Sebahagiannya muncul di permukaan kulit dan dinamakan nanah. Dalam kata lain, nanah adalah tentera tawanan yang kalah dan tunduk kepada musuh.

Wajarkah tentera ini dibunuh? Jawabnya, tidak. Ia perlu dibebaskan. Usaha pembaikan secara keseluruhan perlu dilakukan.

Ada banyak testimoni menyebut bahawa kulit batang pokok jambu golok, atau putat atau sekurang-kurangnya buah manjakali yang berciri pahit boleh meneutralkan sifat jahat yang ada pada gula berlebihan.

Kesimpulan di sini ialah manis lawannya rasa pahit yang bersangatan tajamnya. Bahan ini direbus sehingga menggelegak lama supaya air yang panas itu dapat menarik rasa pahit dengan kadar yang banyak. Air ini digunakan untuk menjirus kaki yang bengkak dan bernanah. Bacakan Al Fatihah, ayat Syifa, Selawat Syifa dan berdoa memohon kesembuhan daripada Allah. Bacaan ini penting. Jangan sekali-kali dilupakan.

Sekendi air rebusan itu dibiarkan suam sebelum dijirus pada kaki. Ini mesti dilakukan pada waktu pagi. Bila kaki menerima jirusan air pahit itu, racun tadi menjadi lemah, sekaligus tentera yang tertawan seolah-olah mendapat bantuan untuk memerangi semula musuhnya. Lakukan ia beberapa lama.

Ada pesakit beramal tiga bulan berselang-seli, akhirnya nanah kering dan tempat yang berkulat tadi ditumbuhi daging semula. Nanah memang sukakan kelembapan. Ada juga pesakit tidak kronik mengamalkannya seminggu sahaja. Itu semua penyembuhan dari Allah jua.

Ubat kencing manis berupa herba ciptaan Allah ada berbagai-bagai. Mana yang serasi dengan pengidap hanya Allah yang tahu. Di antara ubat yang dikatakan mujarab ialah misai kucing dan pokok letup-letup. Minum airnya. Ada juga yang minum rebusan daun tebu dan air rendaman taugeh. Tebu gajah yang pahit juga banyak memberi manfaat kepada pengidap kencing manis di beberapa kampung di Terengganu. 

Cubalah mana-mana satu selagi tidak mudarat. Jika ada yang serasi, Alhamdulillah.

(Sumber: schanizan.blogspot.com)

لا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم

No comments:

Post a Comment