serenemaklong.blogspot.com
UMUM menganggap lemak sebagai pembawa segala macam
masalah, terutama bagi kaum Hawa.
Namun, menurut Dr Hakim Hamzah dari klinik estetik Ayu
Jelita, Ampang, sebahagian lemak boleh diproses dan mempunyai manfaat yang
besar bagi wanita. Kaedah yang dinamakan pemindahan lemak (fat transfer) kini menjadi rutin kecantikan terkini, popular dan
dipercayai ramai.
Secara umumnya, pemindahan lemak adalah satu prosedur di
mana lemak di sesuatu bahagian badan, dipindahkan ke satu bahagian badan lain. Contoh,
lemak di peha atau punggung diambil, diproses dan kemudian disuntik ke bahagian
muka. Proses ringkas ini hanya mengambil masa 20 hingga 30 minit sahaja.
Kalau dahulu fungsinya ialah untuk pembedahan
kosmetik, kini ia digunakan bagi tujuan kesihatan, termasuk pembinaan semua
payu dara bagi wanita yang berhadapan dengan kanser payu dara.
Bagaimanapun, tiak semua lemak dalam badan boleh
dipindahkan kerana kualitinya yang berbeza-beza. Lemak di bahagian peha dan
punggung adalah terbaik berbanding lemak dari bahagian perut.
Fungsi lemak amat penting dalam membentuk kecantikan
dan keanjalan kulit di bahagian tertentu badan manusia. Pada usia remaja hingga
27 tahun, taburan lemak dalam badan
berada di lokasi strategik yang yang mengindahkan tubuh seseorang seperti
di payu dara, punggung, pipi dan dagu. Inilah zaman keemasan bagi setiap
manusia.
Keadaan berubah bila melangkah 29 tahun ke atas. Proses
kematangan usia, graviti, tekanan mental dan fizikal akibat bersalin bagi
wanita dan kerja seharian, menjadikan keindahan itu merosot sedikit demi
sedikit.
Otot-otot menjadi semakin aktif, manakala lemak di tempat
strategik terhapus hari demi hari. Proses semula jadi ini mengakibatkan kulit
menjadi kendur, timbul lekuk-lekuk pada permukaan wajah selain pigmentasi yang
semakin jelas.
Di sinilah teknologi memainkan peranan. Prosedur
pemindahan lemak mampu mengembalikan kecantikan seseorang wanita apabila ruang
kosong di wajah itu diisi semula.
Kaedah pemindahan lemak lebih selamat berbanding botox atau filler. Ia juga tidak menjejaskan ujian kanser kerana hanya
menggunakan produk daripada badan individu itu sendiri. Ini bererti penolakan
jarang berlaku kerana ia serasi dari segi biologikal.
Sel lemak tidak pernah menjadi barah yang berbisa di dalam
badan dan boleh dipindahkan ke mana-mana bahagian terutama di muka, bibir dan
payu dara bagi proses pemuliharaan. Kaedah ini adalah kos efektif. Ia tidak membuat
pelanggan berasa membazir berbanding prosedur yang lain.
Prosedur
ini tidak mengubah wajah asal seseorang. Jika Botox atau Filler boleh
membuatkan dagu atau hidung berubah bentuk menjadi lebih mancung, prosedur ini
sebaliknya memberikan kesan keaslian kepada pemiliknya. Ia mengembalikan semua
sel baru (stem cell) yang telah
hilang. Apabila sel baru diaplikasi, wajah kelihatan lebih muda
berbanding sebelumya.
Ini berlaku apabila lemak-lemak yang hilang diisi semula
ke bahagian sepatutnya.
Teknik
pemindahan lemak berkesan melalui 4 cara:
Pengisian – Mengisi ruang-ruang lekuk yang ketara pada
kulit wajah.
Penghilang parut –
Menghilangkan bekas parut jerawat atau parut akibat cedera.
Melunturkan – Segala pigmentasi pada wajah akan berkurang
dan menipis
Tambah seri – Memberikan kesan bersinar, gebu dan sekata
pada keseluruhan kulit wajah kerana tindakan membaikpulih saluran darah baru di
bawah kulit.
Langkah Demi
Langkah
- Sebelum prosedur, muka dibersihkan.
- Bahagian yang perlu diisi ditandakan supaya lemak dipindah ke tempat yang sepatutnya.
- Suntikan pelali hanya dibuat pada bahagian yang akan diberi penambahan lemak.
- Proses `tekanan’ dilakukan pada bahagian punggung untuk mendapatkan lemak.
- Lemak yang bercampur dengan ubat pelali diasingkan.
- Selepas disaring, lemak terpilih diisi ke bahagian yang sepatutnya
- Kesan kemerahan-merahan dan gebu gterus kelihatan selepas prosedur.
Trivia
- Hanya mereka berusia 18 tahun ke atas dibenarkan menjalani prosedur pemindahan lemak.
- Kesan yang kelihatan selepas prosedur hanya sedikit lebam kepada sesetengah orang.
- Kurang 8 mililiter lemak diguna untuk sesuatu bahagian muka.
- Masa rawatan hanya sekitar 20-30 minit dan kesan terus kelihatan selepas prosedur. Bagaimanapun kesan yang lebih ketara cantik akan benar-benar terlihat selepas beberapa minggu prosedur.
(Sumber: Dr Hakim
Hamzah, Klinik Estetik Ayu Jelita, Ampang. 03-4257 1232 / 019-2779 9740)
No comments:
Post a Comment