serenemaklong.blogspot.com
HIDUP manusia di
dunia ini sebenarnya tidak sesukar mana. Tugas yang Allah pikulkan ke bahu kita
cuma tiga iaitu:
- Turuti perintah-Nya
- Tinggalkan larangan-Nya
- Redha dengan ketentuan-Nya
Ramai manusia mungkin kurang sedar bahawa sebenarnya
Allah sangat sayangkan setiap makhluk ciptaan-Nya. Semua perkara yang Dia
tentukan, memang yang terbaik untuk makhluk itu.
Komunikasi adalah perkara penting dalam
hubungan baik. Jika sentiasa
berkomunikasi dengan-Nya, kita mampu merasai kasih sayang itu. Tanpa
komunikasi, hubungan menjadi hambar.
Hubungan cinta sesama manusia, sama ada
suami isteri atau pasangan kekasih akan hambar, malah terputus tanpa
komunikasi. Yang tinggal hanya
kehancuran dan kekecewaan.
Begitu juga hubungan
manusia dengan Allah. Jika komunikasi tidak dijaga, semakin jauhlah kita
daripada-Nya, walaupun hakikatnya Dia amat dekat dengan kita.
Kita dekat dengan
Allah ketika bersolat dan membaca al-Quran. Itupun jika kita benar-benar
khusyuk bersolat dan menghayati isi al-Quran yang dibaca.
Sentiasa berbaik
sangka dengan-Nya. InsyaAllah, Dia juga
akan membalas kita dengan segala Kebaikan dari sisi-Nya.
No comments:
Post a Comment