Tuesday, September 13, 2011

Menjadi Duta Perniagaan Sendiri


serenemaklong.blogspot.com

Kebanyakan perniagaan yang berjaya mempunyai seorang personaliti, contoh Tony Fernandez untuk Air Asia, Bill Gates untuk Microsoft, Steve Jobs untuk Apple.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, jadikan diri anda “personaliti” dan “duta” kepada perniagaan anda sendiri. Manusia lebih mudah berhubung dengan “orang” berbanding produk, perkhidmatan atau perniagaan. Steve Jobs menjadi duta produknya sendiri iaitu iPad!

Langkah pertama untuk menjadi “personaliti” kepada perniagaan kita ialah dengan memastikan perniagaan yang kita jalankan ngam dengan diri kita sendiri. Jika kita menjual produk kesihatan, pastikan tubuh kita dalam keadaan sihat. Kalau menjual produk kecantikan, pastikan diri kita juga boleh tahan cantik. Kalau menjual produk IT, pastikan diri kita tidak buta IT! Dapatkan produk terbaik untuk diri kita, yang paling ngam!

Langkah kedua ialah mengasah kemahiran berkomunikasi, terutama dalam menyampaikan maklumat, idea, info mengenai perniagaan yang kita jalankan. Practice makes perfect. Latih diri sendiri beratus kali dalam berkomunikasi mengenai produk dan perkhidmatan yang kita niagakan, sehingga perniagaan dan komunikasi kita menjadi sebati.

Jadilah “duta” kepada perniagaan kita sendiri seperti perniagaan berjaya yang lain.

No comments:

Post a Comment