Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi – al Baqarah 30.
Bagaimana aku hendak menjadi seorang khalifah?
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka, khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka – an Noor 55.
Mengapa aku diciptakan?
Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu - adz-Dzaariyat 56.
Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) Arasy yang mulia – al Mukminun 115-116.
Apakah tujuan hidupku?
Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam - al-An’am.
Apakah itu kebenaran?
Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar (al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar - Luqman 30.
Kalau itu adalah kebenaran, mengapa aku tidak nampak ia?
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar) - Yaasin 9.
Aku ingin menjadi orang yang berjaya, tetapi siapakah yang sebenar-benarnya berjaya?
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya: Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia –
al Mukminun.
Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya – al Mukminun 102.
Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan – al Ahzab 71.
Kalau begitulah cara untuk menjadi orang berjaya, apa patut aku buat?
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam itu sepenuhnya – al Baqarah.
Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam – al Mukminun 2.
Kadang-kadang ayat-ayat Allah tidak memenuhi kemahuanku. Jadi, bagaimanakah itu?
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah – at Taqwir 29.
Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui – al Baqarah 216.
Aku banyak menjadikan hiburan yang melalaikan sebagai penghibur hati, membuatkan hatiku gembira dan tenang.
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia- Ar Rad 28.
Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkannya); maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya – az Zukhruff 36.
Aku mengamalkan apa yang disuruh, namun hatiku cenderung juga membuat maksiat.
Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya - Al Mukminun 71.
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya – at Taubah 42.
Untuk mengamalkan Islam sepenuhnya, mungkin menyusahkan hidupku.
Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan kepada orang yang takut (pada Allah) - Thahaa 2 hingga 3.
Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman - al Isra’ 82.
Gembirakah aku jika aku menjadi orang yang beriman dan beramal soleh?
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman - Ali-Imran 139.
(Oleh Dedy Rahman, KD - (kutipan dari Al-Quran)
No comments:
Post a Comment