serenemaklong.blogspot.com
InsyaAllah lusa umat Islam bakal bertemu tetamu mulia yang dinanti-nantikan: Ramadan Al-Mubarak. Rasulullah dan para sahabatnya telah menyiapkan diri sejak bulan Rejab lagi. Di antara doa yang mereka panjatkan adalah:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rejab dan Sya’aban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadan (HR. At-Thabrani, Al-Baihaqi, dan Ibnu Asakir)
Persiapan Ruhiyah – Hati perlu dibersihkan daripada penyakit aqidah sehingga melahirkan niat yang ikhlas.
Firman Allah SWT dalam firman-Nya:
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا [الشمس/
Sungguh beruntung orang yang menyucikan jiwanya. Asy-Syams: 9.
Kerana itu kita perlu bermuhasabah mengenai penyakit aqidah yang masih melekat pada diri. Selanjutnya kita bermujahadah untuk menghilangkan penyakit itu. Alangkah indahnya bila Ramadan tiba dalam keadaan kita benar-benar penuh ikhlas menapaki hari-hari yang istimewa itu.
Ketika keikhlasan bersenyawa dalam diri kita di sepanjang Ramadan merupakan saat terbaik yang akan menjamin kita memperoleh ampunan Allah SWT.
من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Barangsiapa yang berpuasa karena iman dan mengharap perhitungan (pahala) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Muttafaq ‘Alaih.
Persiapan Fikriyah – Bekalkan diri dengan ilmu agama terutama yang berkait secara langsung dengan amaliyah di bulan Ramadhan. Tentang kewajiban puasa, keutamaan puasa, hikmah puasa, syarat dan rukun puasa, hal-hal yang membatalkan puasa, serta sunnah-sunnah puasa. Juga tarawih, I’tikaf, zakat, dan sebagainya.
Kerana itu Imam Bukhari membuat bab khusus dalam shahihnya dengan judul Al-Ilmu Qabla Al-Qaul wa Al-Amal (Ilmu sebelum Ucapan dan Amal). Tanpa ilmu bagaimana kita mampu beramal sebulan Ramadan dengan benar?
Pemahaman ilmu syar’i ini merupakan tanda kebaikan yang dikehendaki Allah daripada hamba-Nya. Kerananya Rasulullah SAW bersabda :
من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين
Barangsiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan maka dia difahamkan tentang ilmu agama (Muttafaq ‘Alaih)
Persiapan Jasadiyah - Ramadan memerlukan persiapan tubuh badan yang sihat. Jika tidak ibadah kita tidak boleh dilakukan secara normal. Ini kerana Ramadan berbeza daripada bulan-bulan yang lain. Kita diharapkan tetap produktif dengan pekerjaan masing-masing meskipun dalam keadaan berpuasa. Kita juga melakukan ibadah yang lebih lama daripada sebelumnya. Solat Tarawih, misalnya. Oleh itu kita perlu menjaga kesihatan dan kebersihan. Di sini, logikal akal bertemu dengan keutamaan syar’i dalam hadis Nabi SAW. :
المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف
Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah (HR. Muslim, Ibnu Majah, Al-Baihaqi.
Persiapan Maliyah – Ia diperlukan dalam menyambut bulan Ramdan bukan untuk membeli baju baru, menyediakan kuih muih untuk Aidilfitri dan lain-lain. Kita memerlukan sejumlah dana untuk memperbanyak infaq, memberi ifthar (buka puasa) dan membantu orang yang memerlukan. Tentu saja bagi yang memiliki harta yang mencapai nishab dan haul wajib dibayar zakatnya. Bahkan jika mampu, umrah di bulan Ramadan merupakan ibadah yang bernilai luar biasa; seperti nilai haji bersama Rasulullah SAW.
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ [البقرة/]
Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Al-Baqarah:185.
(Sumber: Generasi Robbani)
No comments:
Post a Comment