Saturday, August 4, 2018

Perangkap Pukau Moden




Sebelum ini aktiviti pukau memerlukan pemukau dan mangsa bersentuhan. Tangan pemukau menepuk bahu, bersalaman, bertentang mata atau lain- lain sentuhan..

Terbaru seorang mangsa mendatangi Ustaz Khairul dan memberitahu beliau hampir terkena.  Orang-orang kampungny ramai yang jadi mangsa.

Modus operandinya... 

Mangsa menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Apabila dijawab, pemukau mengarahkan makhluk halus belaannya bercakap dan masuk ke telinga  mangsa dan memukaunya.

Mangsa yang terpukau akan mengikut sahaja kehendak makhluk halus tersebut, iaitumeminta mangsa membuat transaksi melalui perbankan internet dan pindahkan sejumlah wang ke akaun pemukau. Inilah pukau dari jarak jauh.

Kaedah ini secanggih modus operandi scam phone yang digunakan oleh kebanyakan penipu antarabangsa di mana kebanyakannya menggunakan nombor telefon dari negara-negara Afrika. Apabila telefon dijawab, kredit mangsa dicuri, data diklon dan seumpamanya.

Oleh itu hati-hatilah menjawab panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali..

Antara ikhtiar yang boleh dibuat...

BACA DOA PERLINDUNGAN DIRI ... Bismillah hillazi layadurru hingga habis... Jika ada halangan jangan dijawab.

Banyak  beramal dengaan Ayatul Kursy. Minta perlindungan dari Allah.

Belajar amalan khusus dari guru atau perawat Islam.

Teknik menggunakan telefon ini masih baru. Pemukau akan mencari lain-lain teknik baru untuk tujuan jahat mereka, sesuai dengan situasi semasa.

Makhluk halus juga semakin canggih tipu daya mereka. Ustaz Khairul pernah melihat bagaimana Ayatul Kursy yng dimuat turun, boleh dipadam oleh jin supaya tidak dibaca oleh mangsanya.

Jadi sama-samalah kita berlindung dengan beramal ayat-ayat Allah dan doa. Semoga Allah memelihara kita dari musibah dan fitnah akhiir zaman ini..
Aamiin.
Attachments area

No comments:

Post a Comment