Monday, August 20, 2018

Nikmati Kehidupan



Ada kegusaran di wajah kita tatkala kita termenung mengenang sorotan ujian hidup. 
Berulang kali merungut, membentak sekuat hati dengan kudrat yang cuma pinjaman Dia. 

Alangkah malunya Ya Allah jika hidup ini dinikmati dengan keingkaran dan kekufuran atas nikmat-nikmat-Mu. 
Mengesali sedikit ujian yang diberi. 
Namun buta mata hati melihat bahawa nikmat Dia beri jauh lebih luas dari sisi pandangan mata dan hati. 

Kadang kita berfikir, sejauh mana aku mampu lari. Sejauh mana aku mampu pergi untuk menikmati segala nikmat dunia sebelum ke alam abadi. Berbekal rasa tidak sabar dan gopoh dalam mencicip nikmat milik-Nya. 
Kami memang tidak malu Ya Allah. 
Banyak meminta kepada-Mu namun kurang sekali bersyukur. 

Jadikanlah kami golongan yang sedikit itu.
Iaitu golongan yang bersyukur hatta untuk setitis peluh dan sehembus nafas yang dipinjamkan. 

Kami ingin nikmati hidup ini dengan sehabis baik memanfaatkan nikmat dengan cara orang beriman yang bersyukur. 
Hidup berhabis tenaga dan usaha untuk kejayaan pun tidak guna jika tidak pahatkan setiap itu untuk jalan Dia. 

Kita akan balik pada Allah pada tahun, bulan, hari, jam, minit dan saat yang telah ditetapkan oleh Allah tanpa kita mampu tunda atau merayu pada-Nya. 
Banyakkan bersyukur.


No comments:

Post a Comment