Wednesday, August 1, 2018

Isteri Cantik Di Sisi Suami



Seorang isteri perlulah berdoa agar dia menjadi seorang isteri yang solehah di sisi suaminya bukan setakat cantik fizikal sahaja kerana kecantikan fizikal akan hilang bila usia meningkat tua. Terdapat satu doa yang baik diamalkan oleh seorang isteri solehah:

“Ya Allah..Kau ampunilah dosaku yang telah kuperbuat. Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas. Kau berikanlah aku kekuatan mental. Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista. Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu. Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.


“Ya Allah…Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di syurga, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. 

Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di jalan-Mu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. 

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. 

Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu, peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.

Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu, berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala masalah rumahtangga.”

“Tetapi ya Allah…Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala takdir-Mu.

Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu, limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya.

Sekiranya suamiku menyintai kesesatan, kau pandulah aku untuk menarik dia keluar dari terus terlena.”


“Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku. Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku. 

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai. 

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri, Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu. Sekiranya aku ingkar dan derhaka, berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu.”

“Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk-Mu. Aku buta tanpa bimbingan-Mu. Aku cacat tanpa hidayah-Mu. Aku hina tanpa Rahmat-Mu. Kuatkan hati dan semangatku. Tabahkan aku menghadapi segala takdir dan cubaan-Mu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu. Bimbinglah aku menjadi isteri solehah.”


Hanya kepada-Mu, ku mohon segala harapan. Kerana aku redha dengan takdir-Mu. Aku sedar hinanya aku. Aku insan lemah yang kerap keliru. Aku lalai dengan keindahan dunia-Mu, kurang sabar menghadapi ujian-Mu. Betapa pendek akalku mengharungi ujian-Mu. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, dikasihi, solehah, dan isteri yang senantiasa di hati. Amin, Ya Rabbi Allamin……”

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Mahukah aku khabarkan kepada kalian tentang wanita penduduk syurga? Iaitu wanita yang penyayang (kepada suaminya), yang subur, yang selalu memberikan manfaat kepada suaminya, yang jika suaminya marah maka dia mendatangi suaminya lantas meletakkan tangannya di tangan suaminya seraya berkata, "Aku tidak boleh tenteram tidur hingga engkau redha kepadaku". Disahihkan oleh Al-Albani dalam As-Sahihah no 287...

[Sumber doa Hairul Nizam Ijam]

No comments:

Post a Comment