Thursday, February 26, 2015

Tanaman Hiasan Penuh Kreatif

Kalau rumah di atas kayangan sedangkan tanah jauh di bawah, boleh cuba cara begini. Sekurang-kurangnya tembok depan balkoni tidak terbiar kosong. Tanaman herba yang kecil untuk dimakan segar sangat sesuai seperti pokok daun bawang, pokok daun ketumbar dan sebagainya.
Jangan bazirkan tayar-tayar lama. Catkan ia dalam pelbagai warna, susun dalam cara yang disukai dan gunakannya sebagai bekas tanaman yang kreatif.
Sungguhpun pokok bunga yang dipaparkan di sini datangnya dari luar negara, kita boleh juga aplikasikan idea yang sama dengan menggunakan bunga hiasan tempatan contohnya, pokok bunga kertas (bougainvilla) yang ditanam rapat ke dinding rumah.
Tunggul pokok yang telah ditebang juga tidak kurang hebat sebagai bekas tanaman untuk bunga-bungaan hiasan jenis renik yang beraneka warna.
Satu lagi idea yang baik. Tanaman yang sesuai ialah bunga butang, bunga tahi ayam, bunga balung ayam dan sebagainya.
Untuk ini gunakan planter yang digantung dalam susunan yang kreatif.Harus diingat bahawa untuk mengekalkan keindahan semua tanaman ini kita mesti rajin membuang rumpai yang tumbuh di celah-celah tumbuhan hiasan. Jangan biarkan rumput tumbuh meliar di dalam bekas-bekas tanaman tersebut.

No comments:

Post a Comment