Thursday, February 26, 2015

Amalan Sunnah Rasulullah S.A.W.

MASUK MASJID / RUMAH DENGAN KAKI KANAN, KELUAR DENGAN KAKI KIRI. SOLAT FARDHU BERJEMAAH di masjid diganjarkan 27 kali ganda dari solat sendirian di rumah. Tiga orang mendapat JAMINAN ALLAH iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar menuju masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah. SESAAT BERDIRI DI JALAN ALLAH lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar ucapan "Hai kawan, jom kita solat." Nabi SAW SOLAT FARDHU DI MASJID, tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa. Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud. Kerana itu BANYAKKAN BERDOA KETIKA BERSUJUD.Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan BERDIRI MEMBERI HORMAT apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.
PANJANG LENGAN BAJU Rasulullah SAW hanya sampai pergelangan tangan sahaja. WARNA PAKAIAN RASULULLAH SAW berwarna putih kerana Baginda menyukai pakaian berwarna putih PAKAIAN KESUKAAN Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta. PANJANG PAKAIAN , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali. DILARANG MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA KUNING KEMERAHAN seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki. PAKAI MINYAK WANGI (bagi lelaki) terutama ketika hendak bersolat. ke masjid atau ke mana sahaja. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK ialah bantal, minyak wangi dan susu.
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, MENGEMAS BULU kemaluan dan ketiak selama 40 hari, iblis akan bersarang di situ. JANGAN BERSIUL kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis. MENGUAP adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahan atau tutup mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut. TIGA JENIS ORANG yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, raja yang berdusta, orang miskin yang sombong. PANDANGAN MATA adalah anak panah iblis. Lihat bukan mahram sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada khusyuk. MASUK TANDAS DENGAN KAKI KIRI, PAKAI ALAS KAKI DAN TUTUP KEPALA. KELUAR DENGAN KAKI KANAN. JANGAN MENGADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa. JANGAN JAWAB SALAM DALAM TANDAS kerana ada lafaz Allah di dalamnya. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.
Jika kita BERSIWAK (bersugi),didahului dengan satu kali tasbih, Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR. Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan. POSISI TIDUR yang dianjurkan ialah mengiring di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi. JANGAN TIDUR MENIARAP kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah. TIDUR SEBENTAR SEBELUM ZOHOR membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor. Baginda Rasulullah saw,berpesan kepada siti Aisyah ra. “ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu : 1. Sebelum khatam Al-Qur'an. 2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu dihari kiamat. 3. Sebelum para muslimin meredhai engkau. 4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah. “ Bertanya siti Aisyah : “Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?“Baginda Rasulallah tersenyum dan bersabda: 1. “Jika engkau akan tidur , bacalah surat al–Ikhlas tiga kali, seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran. ” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3x )
Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat. “Bismillaahirrahmaanirrrahiim, Allaahumma shollii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad (3x) “Beristighfarlah” untuk para mukminin, maka mereka akan meredhai engkau. “ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaahaillaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih." (3x)
Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid ,bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. “ Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaah Walhamdulillaah Walaailaaha illallaah hu wallah hu akbar (3x)
MENYIMPAN JANGGUT, memotong misai. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.PAKAI CELAK ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri. CARA POTONG KUKU TANGAN mulakan dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan. CARA POTONG KUKU KAKI mulakan dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri. Pakai CINCIN PERAK di kelingking kanan atau kiri. Akan menjadi sunnah berterusan selama memakainya. NABI SAW MELARANG PAKAI CINCIN di jari telunjuk dan jari tengah.
APABILA BERTAMU, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah. Jangan kedekut BERKONGSI MAKANAN. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya. Jika makan bersama orang miskin, dahulukan mereka. Nabi s.a.w MAKAN kurma DENGAN TIGA JARI iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Kita makan nasi kalau rasa susah hendak melakukannya bolehlah lakukan 3 suapan pertama mengikut sunnah. MEMBERI MAKAN ANAK YATIM adalah kesukaan Baginda. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.JANGAN MENCACI MAKANAN. Jika suka, makanlah. Jika tidak suka biarkan sahaja. JANGAN MAKAN HINGGA TERLALU KENYANG. Sepertiga untuk makanan, sepertiga pula minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas. Lepas makan nasi JANGAN TERUS MINUM. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum. Rasulullah SAW suka MAKAN DENGAN ORANG MISKIN atau memberi mereka makan.
Rasulullah SAW membuka MENU SARAPAN dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesenduk madu asli. MINUM DENGAN MEMEGANG MINUMAN DI TANGAN KANAN. Iblis minum dengan tangan kiri. Rasulullah SAW melarang MENIUP MAKANAN ATAU MINUMAN PANAS. Hendaklah biarkan sejuk sedikit dahulu. Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi GILIRAN MINUM yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan. MINUMAN RASULULLAH SAW adalah minuman yang manis dan dingin.
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa SEDUT AIR KE DALAM HIDUNG 3 kali kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung. Nabi SAW BANGUN TIDUR lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur. Jika kita BERSIWAK (bersugi), didahului dengan satu kali tasbih, Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.CARA PEGANG MISWAK dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas. DUA RAKAAT SEBELUM SOLAT FARDU SUBUH lebih baik dari dunia dan segala isinya. Solat sunat 4 rakaat sebelum (QOBLIYAH ZOHOR) setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor. ISTIGHFAR Nabi SAW kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali. Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu PUASA 3 HARI SEBULAN (afdal 13,14,15 hb Hijrah), SOLAT DHUHA DAN SOLAT WITIR.
USAHAWAN AKHIRAT MENYEMAI BENIH DI DUNIA DAN MENUAI HASIL DI NEGERI AKHIRAT.

No comments:

Post a Comment