Monday, February 23, 2015

Khasiat Jambu Biji

Jambu biji, nama latin “Psidium Guajava” semakin kurang dikenali sekarang kerana pokoknya jarang ditemui. Buahnya berwarna keputih-putihan dan ada juga yang berwarna merah, mempunyai banyak khasiat kesihatan seperti MENCEGAH KANSER menerusi antioksidannya, likopen. Likopen jambu biji lebih mudah diserap tubuh berbanding likopen tomato kerana perbezaan struktur selnya. Pengambilan likopen dapat menurunkan risiko kanser prostat lelaki. Kandungan potasium dan kaya serat bermanfaat MENURUNKAN TEKANAN DARAH DAN KADAR KOLESTEROL. Jambu biji berukuran sederhana mampu menyediakan 20 peratus keperluan potassium dan 36 peratus keperluan serat harian. Jambu biji mempunyai astringen yang menyusutkan rangkaian tubuh. Kerana itu gusi terasa lebih keras dan segar setelah mengunyah jambu biji. Daun jambu biji pula mengandungi antibakteria yang menghalang DISENTRI. Pembunuh bakteria lain dalam buah ini ialah karetinoid, vitamin C dan potasium.Daun jambu biji yang dimakan mentah atau buah masih mentah yang dibuat jus dipercayai secara turun temurun sebagai ubat mengatasi BATUK DAN SELSEMA. Ramuan daun jambu mengurangkan pembentukan lendir dalam saluran pernafasan.
Buah jambu biji kaya vitamin C dan zat besi yang berkesan untuk menghalang jangkitan virus selesema. Kandungan astringen dalam jambu biji MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT yang mula kendur. Vitamin A, C dan potasium membantu proses detoksifikasi. Kandungan serat dan biji buahnya menjadi laksatif yang ampuh bagi MENCEGAH SEMBELIT dan membersih sistem perkumuhan. Menurut kajian yang dilakukan pada tikus, buah dan daun jambu biji membantu menurunkan kadar gula darah dan MENCEGAH DIABETES. Buah ini mempunyai komponen yang diperlukan untuk MENURUNKAN BERAT BADAN seperti serat, protein dan vitamin dan membuat perut terasa lebih kenyang. Vitamin C di dalamnya menjadi ubat yang ampuh untuk SARIAWAN PERUT. Pengambilan jus jambu biji bagus untuk merawat BENGKAK GUSI BERDARAH.

No comments:

Post a Comment