Wednesday, February 11, 2015

Pelbagai Kegunaan Cuka Epal

Untuk meneutralkan bau dalam rumah, masukkan cuka epal ke dalam bekas dan letakkannya dekat tempat yang berbau itu.Bagi menghapuskan rumpai, campurkan 12 liter cuka epal 1/4 cawan garam dan ½ sudu the serbuk sabun. Siram ke atas rumpai berkenaan. Sebagai pembersih tidak bertoksik pula, campurkan 1 bahagian air dan 1 bahagian cuka epal, kira-kira cukup untuk menghapuskan kotoran, bakteria dan toksin.
Sebagai penyegar, larutkan sedikit cuka epal dengan air dan sapu dengan menggunakan kapas. Ia juga boleh melegakan tanda tanda lebam. Kumur selalu bagi menghapuskan bakteria yang menyebabkan mulut berbau. Menyegarkan rambut, campurkan 1/3 cawan cuka epal dan 4 cawan air. Bilas rambut selepas disyampu. Kemudian bilas pula dengan air sejuk. Untuk hilangkan kelemumur, sembur kulit kepala dengan campuran cuka epal dan air dua kali seminggu. Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama sejam sebelum dicuci. Sebagai deodoran, letakkan sedikit di bawah ketiak. Bau cuka akan hilang bila ia kering. Untuk memutihkan gigi, campurkan cuka epal dengan dua bahagian air, kumur dan gosok gigi sepergi biasa.Hendak menghilangkan kaki yang berbau, gosok kaki dan jari dengan kapas yang direndam cuka epal.
Gunakan cuka dalam sos barbekiu. Gebukan makanan yang dibakar dengan menambah cuka epal seperti biskut, kek dan lain-lain. Rasa cuka tidak terasa bila ia sudah dimasak. Tambah perisa dan warna sup dengan cuka epal. Campurkan sedikit ke dalam jus atau smoothie. Jadikan kuah salad dengan mencampurkan cuka epal, minyak zaitun, bawang putih, madu, mustard dan apa-apa saja yang disukai. Bagus juga untuk Coleslaw.
Bagus untuk menurunkan berat badan, penyahtoksik. Kumur satu bahagian air suam dan satu bahagian cuka epal bila tekak terasa sakit. Jika terkena sengatan binatang, berendam dalam mandian yang dicampur 1 cawan cuka epal untuk legakan sakit. Baik juga untuk mencegah diabetes, menurunkan kolesterol, melegakan resdung dan pencernaan. Untuk menghapuskan ketuat, rendam kapas dalam cuka epal dan tutup ketuat sehingga semalaman menggunakan pita pelekat. Ulang sehingga ketuat gugur.

No comments:

Post a Comment